Wednesday, January 25, 2012

Harakah : Undi Anwar Tempah Bilik di Neraka


Haaa... bak tajuk di atas, ia bukan Hang Tegar punya ayat tapi Harakah punya main title. Buktinya lihatlah gambar di atas yang kini hangat didebatkan di alam muka buku.

Monday, January 16, 2012

Government to review bankruptcy law

The Government decided to review present bankruptcy laws to give more space for second chance. I appreciate and applause the move that is positive towards promoting entrepreneurship and a culture that is healthy, kind and positive towards failures. Do remember it took 10,000 times of failures for Thomas Eddison before succeeding in his attempt to produce lightbulb.

The other thing I want to mention is that such a review is also one of the issues deliberated and discussed by participants of BN Youth Lab.

Friday, January 13, 2012

Jangan Taksub

Ramai orang merujuk kepada firman Allah SWT di dalam Surah An Nisa, ayat 59, bagi menempa budaya dan memahat rasa ketaatan kepada pemimpin dalam organisasi mahupun perkumpulan mereka.

Firman tersebut bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin-pemimpin kamu. Apabila kamu berselisih dalam satu perkara, maka kembalikanlah perkara itu kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu adalahj sebaik-baik dan sebagus-bagus akibat”

Namun, demikian harus difahami bahawa arahan taat kepada Allah dan Rasul itu bersifat mutlak tanpa syarat sementara taat kepada pemimpin itu bersyarat selagi mana mereka itu taat kepada Allah dan Rasul. Atas sebab itulah ada Ulama’ yang memberi hujah bahawa perkataa “athiu’” atau taat itu disebut sebelum Allah dan Rasul manakala ulil amriminkum yang merujuk kepada pemimpin dikalangan kamu itu dengan “wa” atau dan sahaja tanpa penekanan “athiu’”.

Bahkan perkara ini ditegaskan di dalam Surah Al-hajj, ayat 41 yang bermaksud: “iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solar serta member zakat, dan mereke menyurug berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.

Apa yang ingin ditegaskan di sini adalah janganlah kita bersifat taksub dan semberono melaungkan “samikna wa athokna” atau kami dengar dan kami taat dengan membuta tuli tanpa menapis dahulu perintah itu atau kepimpinan seseorang itu.