Tuesday, July 6, 2010

KJ Ketengahkan Isu Gaji Mati Anggota Bawahan Tentera


Sebagaimana maklum, KJ telah menyertai Askar Wataniah dan menjalani latihan asas perajurit muda selama sebulan sebagai rekrut biasa dari 26 April hingga 25 Mei lalu. Ini suatu tindakan dan syiar yang patut dipuji apatah lagi apabila beliau bertegas rela dan mahu menjawat pangkat prebet sahaja sekalipun ditawarkan pangkat tinggi Mejar kehormat.

Hang Tegar tabik spring pada KJ sebab mampu berbuat demikian dan sping Hang Tegar makin mantap elastisiti-nya apabila mendapat tahu bahawa KJ telah mengusulkan supaya sistem gaji anggota tentera dikaji dan dirombak terutama sekali bagi meleraikan masalah gaji mati atau “fenomena langgar dinding” di kalangan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) di Divisyen Infantri.

Di dalam penjelasan beliau, KJ telah memberikan contoh bahawa mereka berpangkat Sarjan di Divisyen Infantri hanya boleh memperolehi gaji hingga Band 3 tahap P2, berbanding LLP di Divisyen lain yang boleh meningkat hingga ke Band 4 dan 5, walhal askar infantri adalah rifleman kita yang berada di barisan paling hadapan dan merempuh risiko pertempuran paling tinggi. Ramai yang mengalami status gaji mati sedangkan mereka telah memperolehi kemahiran atau kelayakan tambahan dan juga bebanan tugas yang meningkat.

Disamping itu, Hang Tegar dimaklumkan yang KJ juga mengenengahkan keadaan di mana ramai anggota LLP yang bukan sahaja berstatus gaji mati tetapi juga situasi pangkat tak naik-naik buat sekian lama.

Hang Tegar amat bersetuju dengan usul dan perkara yang diketengahkan oleh KJ sebab anggota LLP merupakan 91% daripada ketumbukan penuh angkatan tentera kita. Malahan dalam isu imbuhan, gaji mereka sememangnya patut dikanankan sebagaimana Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Bilangan 256 (21) yang dibaca bersama Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa gaji angkatan tentera mesti kanan dari anggota Polis Diraja Malaysia dan jabatan lain.

Akhir kata, Hang Tegar ucap syabas kepada KJ sebab amat perihatin kepada angkatan tentera kita terutama sekali juga anggota bawahan LLP. Ini juga menzahirkan semangat setiakawan dan kekitaan yang amat kuat sesama anggota askar. Syabas KJ. [HT]

3 comments:

Korporal Rashid said...

Salam hormat pada YB. Saya ucap terima kasih pada YB Khairy sebab bawak isu ini. Langgar dinding ni dah lama berlaku dan kami anggota lain-lain pangkat berharap sangat kerajaan dapat bantu. Terima kasih YB sebab perjuangkan kebajikan kami.

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site hang-tegar.blogspot.com
Is this possible?

Anonymous said...

blh caye ke khari mapu bawa masalah tentera ke kabinet,,,,,sampai skrg habuk pn xda.....ibarat mengetuk tong kosong,,,bising je lebih tp x berisi..