Monday, August 3, 2009

Makam yang hina sehina-hinanya


Mungkin ada di kalangan pembaca yang tertanya-tanya mengapa Hang Tegar menyepi dan kembali aktif menulis? Jawapannya adalah kerana Hang Tegar sibuk dengan perkara lain, apatah lagi selepas menyambut kelahiran anak baru-baru ini. Atas kasih sayang kepada anak maka komitmen Hang Tegar sedikit terjejas kepada blog ini.

Namun, Hang Tegar rasa terpanggil apabila Penulis Goblok seperti Husin Lempoyang menyindir KJ dengan cerita rekaan beliau yang menyentuh anak KJ. Pada hemat Hang Tegar, walau bagaimana bencinya seseorang pada seseorang yang lain – janganlah sampai ke makam yang begitu hina hatta menyentuh dan mempersenda anak orang, walaupun sekadar cerita rekaan. Apatah lagi seperti Husin Lempoyang yang mempersenda bahagian sulit anak orang.

Itulah makam yang hina sehina-hinanya.

2 comments:

Jaga Anak said...

Saya setuju dengan Hang Tegar. Ape ke hehnye Husin Lempoyang tulis macam tu. Politik biar politik lah bro, anak jangan buat main...

Aku pelangkong baru tau.

Senapang Patah said...

Syabas!!! selamat kembali Hang Tegar!

marilah berdoa pada allah moga2 si husin lempoyang ni terbuka mata hati kerana mata hati beliau telah rosak dipenuhi titik hitam