Tuesday, March 31, 2009

Bersatu dalam Barisan Perjuangan

Saya begitu menghargai dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dato' Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang telah menyahut seruan penyatuan dan memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan saya dalam Pergerakan Pemuda UMNO.
Penyatuan semua ahli Pemuda UMNO amatlah penting apatah lagi pada masa kita menghadapi tiga pilihanraya kecil, sebaik selepas berlangsungnya Persidangan UMNO dan proses pemilihan parti.
Kepada semua ahli Pemuda UMNO, marilah kita bersatu hati dan bekerja bersungguh-sungguh dalam satu barisan bersama ahli-ahli komponen parti yang lain di bawah Barisan Nasional dalam ketiga-tiga pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai dengan semangat yang berani untuk membawa perubahan di atas landasan setiakawan untuk rakyat, dari rakyat dan demi rakyat.

Khairy Sedia Terima Teguran Demi Matlamat Pemuda

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia menerima teguran semua peringkat kepimpinan UMNO agar matlamat pergerakan sayap di bawah kepimpinannya tidak tersasar dari landasan sebenar.

Katanya lagi teguran itu perlu terutama bagi membolehkan semua ahli Pemuda dapat bersatu hati dan mempertunjangkan matlamat demi agama, bangsa dan negara.

"Saya kerdil dan insaf untuk memimpin sayap. Banyak yang perlu dipelajari untuk menjayakan pergerakan Pemuda.p>"Pemuda harus diberi pedoman, kalau tak kena tegur-tegur saya, perbetulkan saya supaya saya tidak tersungkur dan Pemuda tidak tersasar," katanya dalam ucapan penggulungannya sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru di Dewan Merdeka di sini, hari ini.

Pada masa yang sama beliau turut menyatakan pendekatan yang akan diambil bagi menarik sokongan golongan muda terhadap UMNO.

"Kita akan mengadakan dialog, perbincangan agama dan sukan untuk menarik sokongan anak-anak muda. Anak-anak muda ini akan kita dampingi sebagai rakan untuk memberi penjelasan kepada mereka dan menyusun langkah-langkah untuk melembutkan hati mereka," ujarnya.

Dalam ucapan penggulungannya juga beliau turut merayu kepada Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Khir Toyo supaya bersama membantunya merapatkan semula barisan pergerakan Pemuda.

"Khidmat dan tunjuk ajar Mukhriz dan Mohd Khir amat diperlukannya. Walaupun mungkin selepas ini kedua-dua mereka akan meninggalkan barisan Pemuda, saya merayu mereka membantu saya menggembalikan kekuatan Pemuda", ujarnya.
Source: ProKhairy

Dugaan Pemimpin

Alhamdulillah, segala penat lelah akhirnya membuahkan hasil dengan KJ dinobatkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Sepertimana yang diucapkan oleh KJ, kemenangan ini begitu manis dan bermakna sekali memandangkan pelbagai dugaan dan cabaran dari merata tempat, pelbagai penjurudan lapisan serta dari berbilang isu dan pihak.

Ada pihak yang tidak dapat menerima kemenangan beliau dan mengeboo beliau terus menerus sepanjang persidangan UMNO. Hang Tegar berada sempat pergi ke PWTC bagi upacara majlis penutup pada hari Sabtu lepas dan apabila nama KJ disebut oleh Dato Seri Najib dan kemudiannya di balas oleh boo oleh perwakilan, beberapa orang yang berada bersama Hang Tegar di hadapan layar TV besar di PWTC menggeleng kepala. Seorang berkata: “Tak apa, ini baru-baru lagi. Biasalah dugaan pemimpin… Ini akan buat dia kerja lebih kuat lagi”. Seorang lagi turut bersimpati dan cakap: “Perjalanan dia masih jauh. Kena kuat semangat”.

Ya, betul. KJ, kuatkan semangat.

Dan kepada yang mengeboo beliau. Berilah dia peluang untuk membuktikan kebolehannya.

Amanah Dijunjung Tanggungjawab Dikendung

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT serta berterima kasih kepada semua perwakilan Pemuda UMNO di atas sokongan yang diberi dan dengan rasa penuh rendah diri dan tawadduk, saya menerima amanah dan tanggungjawab besar yang diamanatkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Saya berikrar untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberi ini di atas panji-panji setiakawan bagi memperkasa dan mengakar umbikan Pemuda UMNO, memperkukuh ikatan dan kekuatan Pemuda dalam Barisan Nasional, menjaga kebajikan dan membela kepentingan seluruh generasi muda negara dalam menangani cabaran dan tuntutan masa kini dan masa hadapan.
Proses pemilihan dan kemenangan ini juga menzahirkan amalan demokrasi yang sihat di dalam institusi dan parti UMNO serta kematangan setiap perwakilan Pemuda UMNO memilih pemimpin di kalangan mereka. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua ahli Pemuda UMNO untuk bersatu hati dan bersama dengan saya bagi merapat dan menyatukan barisan serta bekerja lebih rajin dan keras membawa perjuangan parti - untuk agama, bangsa dan negara.
Sesungguhnya kemenangan ini begitu manis dan saya ingin mengucap dan merakamkan penghargaan tak terhingga kepada ahli keluarga yang begitu memahami dan menyokong saya sebagai ahli politik, rakan-rakan seperjuangan dalam parti dan Barisan Nasional serta sahabat-sahabat rapat yang begitu komited bersama.

Wednesday, March 18, 2009

DUGAAN DATANG KIRI DAN KANAN TAK HENTI-HENTI

Kini tinggal 7 hari sahaja lagi sebelum para perwakilan Pemuda UMNO akan memilih Ketua mereka di peringkat kebangsaan, dan di dalam debaran menanti hari penentuan ini pelbagai onak dan duri telah pun direntasi oleh Khairy … malahan mungkin ada lagi dugaan berupa last-card or last kopek yang akan menghujani beliau.

Paling baru adalah keputusan Lembaga Disiplin yang memberi hukuman amaran kepada beliau atas kesalahan penglibatan tidak langsung melalui ejen. Khairy jelaskan bahawa beliau tidak bersalah dan tiada bukti kukuh yang sabitkan beliau dengan perkara yang adu, malahan ianya berlaku tiga bulan sebelum beliau membuat pengunguman untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Ini umpama ada satu gerakan mahu menjatuhkan beliau. Paling nyata, adalah ada sesetengah pihak dengan cepatnya menyatakan rasa tidak puas hati apabila Khairy hanya diberi amaran sedangkan Dato’ Ali dilarang dari bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO sedangkan keduanya didapati bersalah atas klausa kesalahan yang sama. Untuk ini, Hang Tegar tegaskan semua pihak hendaklah rujuk kepada penjelasan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen, yang mengatakan tiada bukti kukuh sabitkan Khairy dan tahap kesalahan mereka yang disifatkan ejen pun berbeza. Malahan dalam kes Khairy, tiada arahan atau ketetapan bahawa mereka yang terlibat adalah ejen beliau. Sebab itu Khairy kekal dengan pendirian yang beliau tidak bersalah.

Namun, bagi mereka yang menaruh harapan agar Khairy dilarang bertanding – keputusan ini umpama tidak mencukupi. Malah ada desas desus yang ada pihak mahu laporkan kepada SPRM, kerana tak puas hati.

Sungguhpun demikian, jika aduan dibuat untuk menyerang peribadi dan public smearing untuk mencalar or to blemish Khairy, ia memang nampak sebegitu… Namun, Hang Tegar yakin dan percaya yang para perwakilan mahukan calon yang bertanding menang atau kalah di gelanggang pertarungan dan bukannya melalui taktik kotor atau strategi menang free.

Kepada perwakilan, saudara semua telah berjumpa dengan Khairy dan mendengar dan mendapat tahu wawasan serta penjelasan beliau yang mahu membawa Pemuda ke satu era baru disamping menjaga kebajikan Pemuda dan seluruh generasi muda. Bawa dan sokonglah beliau.

Jika saudara semua tidak menyokong taktik kotor segelintir pihak yang mahu menang mudah, maka sokonglah calon Setiakawan 03.

Monday, March 16, 2009

Merakyatkan Pemuda UMNO: Wawancara Mingguan Malaysia dengan Khairy Jamaluddin

Mukadimah

‘‘Jangan burukkan kawan-kawan’’ Itulah pesanan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kepada jentera yang membantu beliau berkempen merebut jawatan Ketua Pemuda. Beliau membuat peringatan itu kerana tidak mahu pemilihan yang bakal menyaksikan persaingan antara beliau dengan dua lagi calon iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membawa perpecahan kepada Pemuda. Bagi Khairy dalam keghairahan untuk memenangkan calon masing-masing semangat setiakawan dalam Pemuda harus dikekalkan. Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, beliau yang kini menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda secara terbuka menjawab pelbagai persoalan berkaitan dirinya dan perebutan jawatan dalam Pemuda. Apapun beliau amat berharap perwakilan akan membuat keputusan berasaskan kepada realiti dan bukannya persepsi terhadap seseorang calon. Khairy juga turut memaparkan apa yang ingin beliau lakukan dalam usaha merapatkan hubungan Pemuda dengan rakyat.

MINGGUAN: Bagaimana penerimaan perwakilan, ketika YB berkempen?
KHAIRY: Alhamdulillah, maklum balas dan sokongan yang diterima terhadap gagasan setiakawan daripada perwakilan sangat positif dan saya harap akan diterjemahkan kepada undi pada 25 Mac nanti.

Kempen dalam Pemuda kali ini turut menyaksikan peribadi YB diserang sekali lagi, apa pandangan YB?
KHAIRY: Saya berpendapat, faktor paling besar yang menyemarakkan perbincangan dan tuduhan terhadap saya selama ini ialah “isu menantu”. Tuduhan utama ialah karier saya dipercepatkan kerana saya menantu Perdana Menteri. Bahaslah apa pun. Persepsi bahawa laluan saya dipermudahkan cepat merebak. Apakah salah dan dosa saya, sebenarnya kerana menjadi menantu? Jodoh, ajal maut, semuanya di tangan Tuhan. Tetapi yang pasti isu menantu ini akan hilang dengan sendirinya apabila Pak Lah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Selepas itu berlaku, saya tidak akan dilihat sebagai seorang yang dibayangi oleh isu ini dan tidak boleh dipersalahkan lagi atas segala yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan.

Tetapi apakah semua persepsi itu betul?
KHAIRY: Tidak. Saya menjadi sasaran mudah umpama kambing hitam. Kita mesti akui setiap pemimpin apatah lagi Perdana Menteri mempunyai ramai pengkritik. Mereka ini akan cari sasaran mudah untuk menyerang, memandangkan saya menantu Perdana Menteri dan kebetulan pula terlibat dalam politik, segala permasalahan pentadbiran negara dikatakan berpunca daripada KJ.

Persepsi ini menjadi mengarut sampai harga minyak naik pun saya disalahkan. Pemilihan calon-calon pilihan raya pun salah saya juga. Semua tuduhan ini bersifat sensasi, umpama menjelmakan insan kerdil seperti Khairy Jamaluddin menjadi punca segalanya. Sampai hari ini apabila saya mencabar mereka yang menuduh saya untuk kemukakan bukti, mereka gagal. Jadi saya percaya, semua itu adalah agenda politik untuk melemahkan Perdana Menteri dan menguburkan kerjaya politik saya.

Bagaimanapun saya pasrah dan reda dengan dugaan ini dan berharap perwakilan yang berjumpa saya mengenali KJ sebenarnya dan boleh memisahkan antara realiti dan persepsi.

Difahamkan YB sekali lagi akan menjadi sasaran penulis-penulis buku politik?
KHAIRY: Secara peribadi dan prinsipnya, saya menghormati hak setiap orang mengkritik, menegur, menyokong atau menyatakan beliau tidak gemar pemimpin tertentu. Cuma kalau boleh elakkan perbuatan mencerca dan menghindari perkataan yang terlalu kesat. Ini kerana, apapun perbezaan pandangan, jangan kita meletakkan tahap kita serendah mereka yang dijelaskan oleh Rasulullah umpama memakan daging saudaranya sendiri.

Saya harap perwakilan tidak dipengaruhi oleh buku-buku politik yang jelas berat sebelah dan menyerang calon-calon secara peribadi. Mereka sudah ada masa yang agak lama untuk menilai setiap calon. Penilaian yang dibuat secara langsung in person adalah lebih sahih daripada cerita dalam sesetengah buku-buku politik yang berniat menjatuhkan pemimpin.

Apa masalah utama yang harus diselesaikan oleh seorang Ketua Pemuda?
KHAIRY: Masalah utama berhubung kemerosotan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ini adalah cabaran utama Pemuda UMNO.

Dalam hal ini, saya akan mantapkan lagi gerak kerja Pemuda dalam dua aspek. Pertama, dari segi latihan dan pendidikan politik. Ia bertujuan memperkuatkan jati diri ahli dan merakyatkan Pemuda. Maksudnya, dalam setiap tindakan Pemuda selepas ini akan membawa kesan positif kepada rakyat kerana Pemuda harus dilihat sebagai pembela nasib rakyat.

Perkara kedua, mengembalikan peranan aktivis dalam Pemuda. Saya akan menubuhkan kor penceramah dan imam muda iaitu lima penceramah dan lima imam muda dari setiap bahagian. Mereka akan menjadi aktivis kita di peringkat akar umbi dan memastikan dalam dua aspek yang mungkin kita nampak ada sedikit kelemahan iaitu penyampaian maklumat dan aktiviti keagamaan.

Saya juga akan menubuhkan unit penyampai maklumat yang akan menggunakan teknologi terkini bagi memastikan setiap ahli dan rakyat sentiasa dibekalkan dengan maklumat dan keputusan terkini yang dibuat oleh pemimpin. Ini termasuk unit perang siber yang lebih agresif melalui kaedah seperti blog dan juga portal rangkaian sosial seperti Facebook dan MySpace yang begitu popular di kalangan generasi muda. Maklumat yang kita sampaikan mesti terkini, tepat dan padat. Barulah ahli kita memahami bagaimana nak berdepan dengan sesuatu isu di kawasan masing-masing.

Tetapi dikalangan Pergerakan Pemuda sendiri dikatakan berlaku jurang antara ahli dengan pemimpin?
KHAIRY: Sebab itulah saya ingin membawa pendekatan mengakar umbikan kepimpinan Pemuda. Yang pertama, saya akan pastikan mesyuarat exco Pemuda dibuat di setiap negeri. Ini akan memperlihatkan pemimpin Pemuda turun ke bawah dan sentiasa bersama ahli-ahli. Saya juga berharap mesyuarat Pemuda negeri juga akan dibuat di setiap bahagian dan bukan di ibu negeri sahaja.

Saya juga akan hidupkan kembali program Pemuda masuk kampong supaya Pemuda dilihat bersama dengan masyarakat setempat. Kita perlu kikis imej Pemuda UMNO sebagai satu institusi yang dilihat elit melalui langkah turun kebawah bersama rakyat. Saya bercadang untuk sentiasa bergerak kebahagian-bahagian untuk memahami masalah rakyat secara langsung tanpa bergantung kepada laporan ibu pejabat. Kita perlu kepada kepimpinan yang hands on dalam keadaan politik hari ini. Bagi menaikkan martabat Pemuda di akar umbi, saya akan mencadangkan satu pindaan kepada Perlembagaan parti bagi membolehkan ketua-ketua Pemuda cawangan menjadi perwakilan secara automatik kepada mesyuarat perwakilan bahagian. Ini akan mengurangkan jurang antara Pemuda cawangan dan bahagian induk dan memberi suara kepada Pemuda di peringkat akar umbi. Ia juga merupakan harapan ahli akar umbi yang rasa diri mereka tidak dibela kerana tidak ada kuasa politik.

Ramai generasi muda terjejas akibat kegawatan ekonomi, apa visi YB dalam hal ini?
KHAIRY: Bagi saya, yang penting adalah kita dapat menjanakan ekonomi di peringkat akar umbi. Saya akan bekerja kuat dalam memantau agensi-agensi kerajaan agar pakej rangsangan ekonomi RM60 bilion yang baru diumumkan sampai ke golongan muda supaya mereka ini mendapat pekerjaan, memperolehi modal pinjaman serta peluang bagi menjana ekonomi. Banyak masalah yang dihadapi dalam ekonomi hari ini adalah disebabkan oleh birokrasi dan kerenah institusi kewangan dan jabatan kerajaan. Perkara ini perlu perhatian dan antara tugas Pemuda adalah untuk memudahkan generasi muda mendapat akses kepada kemudahan dan peluang ekonomi yang disediakan oleh kerajaan.

Jika dilantik sebagai Ketua Pemuda, salah satu tanggung jawab saya adalah menjaga kebajikan orang muda. Dan saya akan pastikan Pemuda bukan hanya memainkan peranan sebagai pendesak tetapi juga pemudah cara untuk memastikan pemerkasaan ekonomi orang muda di peringkat akar umbi berjalan dengan baik. Isu utama bagi saya adalah pengangguran dan peluang untuk memulakan perniagaan bagi generasi muda.

Antara tiga kelompok yang saya telah kenal pasti dan memerlukan perhatian iaitu generasi ke dua bagi Felda dan Felcra, generasi kedua dari kampung-kampung tradisi dan golongan muda yang berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah di bandar. Jika Pemuda dilihat mengambil berat masalah ekonomi mereka dengan inisiatif menarik, saya percaya kita dapat mengembalikan keyakinan mereka terhadap gagasan politik yang dibawa oleh UMNO.

Institusi Melayu nampaknya semakin diperkotak-katikkan, apakah komen YB?
KHAIRY: Saya cukup sensitif terhadap suatu konspirasi yang seolah-olah mahu memperkotak-katikkan institusi asas negara iaitu institusi raja-raja Melayu dan juga kontrak sosial yang telah dimeterai oleh semua kaum.

Saya percaya Pemuda harus berada di barisan hadapan mempertahankan institusi ini, malah saya sendiri secara lantang bersuara bagi memastikan bangsa dan institusi raja-raja tidak diperlekehkan. Bila Pemuda disifatkan sebagai ‘celaka’, rasanya sayalah antara yang paling awal tampil mencabar orang itu mengeluarkan bukti yang Pemuda UMNO ada mengirimkan peluru hidup pada beliau. Apabila kemuliaan institusi Raja Raja Melayu dipersendakan saya tampil mempertahankannya. Saya meramalkan serangan terhadap bangsa dan institusi Melayu akan bertambah hebat. Saya akan membawa kepimpinan yang mempertahankan bangsa dan institusi Melayu bukan dengan cara konfrontasi dan beremosi tetapi dengan intelek, kewarasan dan hikmah.

Pemuda UMNO perlu tewaskan mereka yang memperlekehkan kita dengan akal dan ketajaman pemikiran. Saya bersedia berdepan dengaan mana-mana pihak termasuk pembangkang demi mempertahankan maruah bangsa dan negara.Sekarang sudah tiba masa kita berdepan secara terbuka dengan musuh-musuh kita dan Pemuda perlu kepimpinan yang bukan hanya berani tetapi juga mampu mengatasi serangan tersebut dalam medan politik.

Jika dilihat dari segi umur, YB adalah yang termuda, apakah ia akan memainkan peranan dalam pemilihan?
KHAIRY: Saya rasa faktor umur penting kerana hanya orang muda dapat memahami jiwa orang muda. Sebagai seorang calon yang masih dalam umur Pemuda, sudah pasti visi saya adalah untuk Pemuda dan bersifat jangka panjang. Saya tidak melihat jawatan Ketua Pemuda sebagai batu loncatan. Kalau nak singgah untuk sepenggal, kita takkan dapat membawa pembaharuan berkekalan. Saya menawarkan diri sebagai calon yang mempunyai wawasan jangka masa panjang untuk Pemuda.

Itulah sebabnya, mengapa saya memilih slogan Setiakawan supaya saya dapat menubuhkan satu rangkaian yang seangkatan dengan saya dan akan terus maju bersama dalam politik.

Begitu juga apabila saya lebih senang bergerak dipanggil KJ. Panggilan KJ memudahkan saya bergerak tanpa protokol tertentu dan bagi mendekatkan diri dengan golongan sasar Pemuda. Bagi saya, ahli Pemuda dan semua golongan muda perlu diyakini bahawa mereka mempunyai akses kepada pemimpin mereka. Inilah pegangan saya.

Dua lagi calon tidak mahu menerima jawatan dalam Kabinet, jika mereka dipilih sebagai Ketua Pemuda?
KHAIRY: Saya menghormati keputusan kedua-dua sahabat saya itu. Bagaimanapun soal pelantikan sebagai anggota pentadbiran adalah hak mutlak Perdana Menteri. Tetapi jika Ketua Pemuda dilantik, saya melihat ini sebagai satu penghormatan kepada orang muda dan memberi ruang kepada Ketua Pemuda menterjemahkan inspirasi dan wawasan Pemuda UMNO dan juga kepentingan golongan muda di dalam Kerajaan.

Apa harapan YB berkaitan peralihan kuasa yang akan berlangsung tidak lama lagi?
KHAIRY: Saya yakin proses peralihan kuasa akan berjalan lancar kerana ia melibatkan dua pemimpin berjiwa besar. Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bakal Perdana Menteri dan Presiden UMNO walaupun beliau mengambil alih dari seorang pemimpin yang juga bapa mertua saya. Saya berikrar untuk member sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Najib.

Satu nasihat penting yang Pak Lah berikan kepada saya, kita perlu menjadi orang parti yang kuat. Contohnya, pada tahun 1987, dalam pemilihan parti, apabila ada team B kalah… Pak Lah tidak keluar dari UMNO walaupun dipecat dari jawatan kabinet. Di situ beliau membuktikan kesetiaannya kepada parti. Jadi, bagi saya yang diajar untuk menjadi orang kuat parti UMNO, saya akan terus memberi komitmen kepada kepimpinan parti. Saya juga percaya bahawa Najib is the right man at the right time. Beliau adalah seorang pemimpin yang diangkat tepat pada masanya.

Akhir kata jika ditakdirkan YB kalah. Apakah YB akan terus menyumbang pada parti?
KHAIRY: Saya dipilih menjadi Ahli Parlimen Rembau atas tiket UMNO-BN. UMNO adalah wadah perjuangan bagi saya. Saya tidak sekali-kali akan kecewa dengan UMNO. Kalau saya menang pula, pertama sekali saya harus rapatkan barisan dan beri keyakinan kepada penyokong-penyokong Mukhriz dan Mohamad Khir bahawa saya bersama mereka sejajar dengan tema dan falsafah kempen ‘Setiakawan’.

Saya tidak sama sekali akan mengenepikan Mukhriz dan Mohamad Khir, sebagai contoh; kalaulah berlaku satu pilihanraya kecil di Selangor, kita sangat memerlukan peranan dan sumbangan Mohamad Khir manakala Mukhriz pula mempunyai idea-idea yang boleh disumbangkan untuk Pemuda.

Adalah menjadi tanggung jawab saya menyatukan kesemua elemen dan ahli dalam Pemuda.

(Sumber: Mingguan Malaysia)

Siapa bakal pemimpin generasi baru?

Oleh Zulkiflee Bakar (15 Mac 2009)

Hari ini, Mingguan Malaysia menyiarkan wawancara dengan calon-calon yang akan bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita UMNO.

Bagi jawatan Ketua Pemuda, tiga calon akan bersaing iaitu Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaludin manakala bagi jawatan Ketua Wanita pula ia menyaksikan pertarungan antara penyandang jawatan, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sudah pastilah wawancara yang disiarkan akan memberikan sedikit pendedahan kepada perwakilan kedua-dua sayap itu untuk mengetahui serba sedikit mengenai calon-calon berkenaan. Melalui cara sedemikian, perwakilan akan memahami dan membuat pertimbangan yang sewajarnya berhubung siapa paling layak memimpin mereka.

Hakikatnya, dalam kedudukan UMNO sekarang selepas apa yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu serta kemunculan hampir 2 juta pengundi baru yang terdiri daripada generasi muda, pemilihan ketua yang tepat bagi kedua-dua sayap berkenaan amat penting.

Keputusan yang dibuat haruslah berasaskan kepada keyakinan bahawa pemimpin yang dipilih mampu menerajui sayap-sayap penting UMNO bagi meraih sokongan rakyat terutamanya generasi muda.

Atas sebab itulah, dalam membuat keputusan, para perwakilan tidak harus terjebak dengan sebarang taktik kotor yang mungkin digunakan oleh penyokong-penyokong calon bagi meraih kejayaan.

Sebaliknya, mereka perlu memperhitungkan dari semua segi sama ada pemimpin yang hendak dipilih itu benar-benar berwibawa dan serasi dengan kehendak generasi muda serta rakyat.

Dalam soal ini, keputusan berasaskan kepada persepsi, buruk sangka dan andaian harus diketepikan sama sekali. Penilaian tidak harus dilakukan secara lahiriah semata-mata tetapi juga melalui kajian yang mendalam mengenai kemampuan seseorang calon.

Mereka juga tidak harus terpengaruh dengan dakyah penulis-penulis buku politik yang akan muncul bagi melahirkan idea songsang bagi menjatuhkan mana-mana calon.

Bagi perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO, mereka mempunyai tiga pilihan sama ada memilih Mukhriz, Mohamad Khir atau Khairy. Ketiga-tiga mereka mempunyai track record dan pencapaian tersendiri.

Namun apa yang perlu difahami ialah cabaran yang menanti Pemuda UMNO amat getir. Pemuda memerlukan seorang ketua yang bukan sahaja mampu memimpin malah lebih penting berupaya mengatur strategi bagi memastikan generasi muda menyokong BN. Mereka tidak boleh memilih pemimpin yang dilihat mudah mengalah dan tidak tahan dengan tekanan memandangkan apabila menjadi ketua nanti, tekanan yang bakal diterima adalah lebih hebat berbanding segala senario yang berlaku ketika pemilihan.

Kriteria Ketua Pemuda yang diperlukan bukan sahaja berwawasan malah cukup bertenaga bagi melayan kehendak dunia generasi muda, ertinya bak kata orang di waktu pagi mampu hadir mesyuarat bersama Perdana Menteri, tengah hari menghadiri pertemuan peringkat antarabangsa, sebelah petang bermain futsal bersama para belia dan sebelah malam melayari internet bagi mendapat perkembangan terkini.

Justeru dalam membuat pilihan, perwakilan Pemuda perlu melihat kekuatan dan kelemahan seseorang calon. Mereka tidak boleh terperangkap dengan segala tohmahan, fitnah, persepsi dan buruk sangka. Kesemua calon harus diadili dengan seadil-adilnya dan bukannya dikorbankan hanya kerana persepsi atau andaian. Apa yang paling penting dalam mencari kemenangan semangat setiakawan di dalam Pemuda harus dikekalkan.

Jangan kerana berebut jawatan maka segala taktik kotor digunakan sehingga ia akhirnya akan menguntungkan pembangkang. Biarlah pertandingan berjalan secara adil dan saksama.

Pemuda hanya ingin memilih yang terbaik antara tiga calon yang bertanding dan bukannya mengundi untuk menguburkan karier politik sesiapa. Ketua yang akan dipilih harus mampu diterima oleh generasi muda selari dengan kehendak dan aspirasi mereka.

Tidak perlulah mana-mana penyokong calon memperkecilkan antara satu sama lain, ini adalah pemilihan dalam parti, ia hanya bersifat sementara sebelum barisan kepimpinan Pemuda turun ke gelanggang sebenar menentang barisan pembangkang.

Penyokong-penyokong calon tidak harus dalam pemilihan ini `mengumpul’ sebanyak mungkin ‘peluru’ untuk digunakan oleh pembangkang dalam pilihan raya. Kerusi Ketua Pemuda hanya satu, ertinya dua calon pasti akan kalah, persoalannya apakah kerana perebutan dalam parti segala-galanya harus ‘ditelanjangi’ yang akhir mengakibatkan UMNO kehilangan pemimpin?

Oleh itu kalau pun hendak menunjukkan keberanian dalam berkempen janganlah sampai semangat setiakawan dikorbankan kerana ketiga-tiga calon tersebut pun sudah pasti tidak akan merestuinya. Apa yang penting pemilihan ini harus bertujuan bagi memperkukuhkan parti dan bukannya menghancurkan UMNO.

Kepada perwakilan, mereka perlu sedar amanah yang ada pada diri mereka. Jangan terlalu mengambil kesempatan dengan menganggap persaingan sengit antara tiga calon itu akan membuka laluan kepada mereka untuk ‘menuai keuntungan’. Sikap terlalu melihat kepada ganjaran sehingga tersilap memilih ketua akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada pergerakan itu.

Bagi Wanita UMNO pula, setelah berlaku kontroversi berhubung bagaimana seharusnya jawatan ketua diwarisi, akhirnya penentuan akan dilakukan antara Rafidah dan Shahrizat.

Perwakilan Wanita akan membuat keputusan siapa yang mereka fikir layak untuk menerajui sayap berkenaan dan paling penting melalui keputusan itu, ia akan memaparkan bahawa mereka bijak memilih pemimpin.

Dalam soal ini, walaupun kaum wanita sememangnya dikenali sebagai golongan yang mempunyai emosi yang tinggi tetapi dalam membuat keputusan tersebut mereka perlulah matang. Ia bukan pertandingan untuk menyelamatkan karier politik sesiapa sebaliknya satu pemilihan bagi memastikan Wanita mempunyai pemimpin yang benar-benar layak bagi membantu UMNO dan BN dalam pilihan raya.

Oleh itu seperti juga pertandingan dalam Pemuda, perwakilan Wanita yang sudah tentu terdiri daripada mereka yang lebih tua daripada perwakilan Pemuda perlu matang dalam membuat keputusan.

Kalau mereka memikirkan bahawa era salah seorang calon sudah berlalu maka putuskan dalam pemilihan kali ini, begitu juga kalau mereka merasakan salah seorang calon tidak berkeupayaan untuk mengemudi Wanita bagi berhadapan cabaran getir yang menanti UMNO dan BN.

Segala-galanya diputuskan dengan matang dan bijak bukan berasaskan kepada persepsi apatah lagi terperangkap dengan sikap hipokrit mana-mana calon. Pemilihan ini bakal menentukan masa depan UMNO bukannya soal karier politik atau keserasian antara satu pemimpin dengan pemimpin yang lain. Apa guna keserasian dalam parti, kalau akhirnya UMNO ditolak oleh rakyat?

Oleh itu perwakilan Wanita perlu memikirkan semasak-masaknya siapa yang mereka mahu menjadi ketua mereka. Tidak perlulah buruk memburuk antara satu sama lain atau mana-mana calon yang merebut jawatan dalam pergerakan itu terlalu banyak bersandiwara.

Wanita UMNO adalah salah satu sayap terpenting dalam parti itu, selama ini ia sudah banyak memberi sumbangan kepada kejayaan BN. Justeru jangan sampai pergerakan berkenaan menjadi lemah hanya semata-mata kerana perebutan jawatan. Dalam soal ini kesemua calon yang bertanding tidak kira apa pun jawatan perlu ikhlas. Janganlah berpuak-puak atau merasakan diri kita sahaja hebat. Sama ada seseorang pemimpin itu hebat atau tidak, rakyat yang akan menentukannya dalam pilihan raya.

Jika rakyat merasakan Wanita UMNO sudah menyediakan barisan kepimpinan yang mantap sudah pasti mereka akan menyokongnya tetapi kalau mereka melihat ada sesuatu yang tidak kena kepada calon yang dipilih maka BN akan menerima pembalasannya.

Apa pun keadaannya, rakyat sedang memerhati apa yang berlaku dalam UMNO sekarang termasuklah di dalam Pemuda dan Wanita. Sama ada kedua-dua sayap itu akan mampu meraih sokongan rakyat atau tidak ia bergantung kepada saf kepimpinan yang bakal dipilih.

Pemuda dan Wanita memerlukan suntikan bukan sekadar untuk melihat ia cantik dari luar sahaja tetapi lebih penting berdaya tahan dalam berhadapan cabaran mendatang. Terserahlah kepada perwakilan untuk menentukannya tetapi apa yang diharapkan jangan sampai kerana terlalu taksub menyokong seseorang calon ia sampai mengorbankan calon yang benar-benar layak.

Sumber: Mingguan Malaysia

Saturday, March 14, 2009

KHAIRY CETUS IDEA DAN KOMEN MEMBINA TENTANG MINI BAJET

Klik disini untuk menyaksikan rakaman siaran langsung dari Parlimen [Video]

Saudara Khairy Jamaluddin telah muncul bersama YB Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato’ Dr Moh Puad Zarkashi dalam program Lintas Langsung Dari Parlimen yang disiarkan secara langsung selama sejam dari pukul 10.00, 10 Mac 2009.

Bertepatan dengan tarikh pembentangan mini bajet nasional oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak, perbincangan pada pagi tersebut lebih menjurus dan berkisar kepada pakej ransangan ekonomi.

Ketika ditanya pada awal siaran tersebut mengenai harapan untuk mini bajet, Saudara Khairy menjelaskan bahawa mini bajet ini dibentangkan dengan berlatar belakangkan kemelesetan dan kegawatan ekonomi dunia yang meruncing dan ini menunjukkan komitmen dan tindak balas dari
Kerajaan yang sentiasa peka kepada keadaan semasa dan kebajikan rakyat. Dari segi perinciannya pula, haruslah dihalusi akan jumlah, sektor yang ditumpukan, kaedah serta mekanisme pembayaran jumlah mini bajet tersebut, ujar beliau.

Sebagai selingan, hos bagi rancangan itu Saudara Sabaruddin Ahmad turut meminta pandangan Khairy mengenai PPSMI. Menurut Khairy, pendirian dan ketetapan beliau adalah konsisten dan jelas di mana beliau sejak dahulu lagi tidak bersetuju dengan dasar dan perlaksanaan PPSMI. Namun, pada masa yang sama juga beliau tidak bersetuju dengan usaha-usaha yang mempolitikkan PPSMI sekarang ini. Beliau berharap Kerajaan akan mengumumkan keputusan berkenaan halatuju PPSMI dalam masa terdekat dan pada masa yang sama berharap agar rakyat semua dapat bersabar dan menunggu keputusan tersebut.

Bercakap mengenai perlaksanaan mini bajet tersebut, Saudara Khairy menghuraikan bahawa, pertamanya, setiap perbelanjaan Kerajaan memerlukan kesan gandaan atau multiplier effects kepada seluruh rakyat Malaysia. Keduanya pula, dari segi jumlah – ia hendaklah berkemampuan untuk memberi anjakan bagi menghindari risiko krisis ekonomi, terutama apabila kadar pertumbuhan suku ke empat 2008 hanya pada 0.1 peratus. Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 bilion untuk mini bajet, dan sekiranya ia dinaikkan kepada RM20 bilion, ia masih pada tahap 3 peratus GDP. Selanjutnya, beliau menerangkan bahawa Kerajaan memerlukan kaedah perbelanjaan yang boleh memberi impak serta merta kepada rakyat kerana jika ia sekadar kerja-kerja atau projek infrastruktur – ia akan menelan masa yang agak lama untuk sampai terus kepada rakyat. Jadi, Kerajaan perlu juga memperuntukkan inisiatif berbentuk subsidi atau banturan terus yang boleh meringankan beban rakyat.

Menyentuh mengenai isu pengangguran, Saudara Khairy menegaskan bahawa isu pengangguran adalah isu generasi muda kerana kebanyakan mereka yang bekerja dan menganggur adalah dari golongan tersebut. Beliau juga menekankan bahawa perlu ada usaha-usaha untuk membantu syarikat-syarikat yang dilanda tekanan ekonomi mengurangkan kos mereka seperti pengurangan cukai atau pengurangan sementara bayaran balik hutang.

Seterusnya beliau mengutarakan cadangan sekim insuran pengangguran atau unemployment insurance scheme yang boleh membantu dan meringankan beban mereka yang diberhentikan kerja. Sekim yang sudahpun diamalkan di negara-negara maju itu melibatkan sumbangan dan penglibatan dari pihak majikan, pekerja serta Kerajaan dan amat bersesuaian dengan senario semasa. “Kita tidak boleh beranggapan bahawa negara kita selesa dengan full employment lagi,” ujar Khairy. Beliau juga berpendapat bahawa sekim berkenaan lebih sesuai digunakan bagi membantu golongan penganggur daripada pengeluaran dana KWSP, yang pada asasnya adalah simpanan untuk hari tua.

Saudara Khairy juga mejelaskan bahawa pendekatan bersifat ekonomi makro semata-mata tidak akan dapat membantu kita melepaskan diri dari krisis ekonomi dunia sekarang. “Kita juga perlu pendekatan mikro atau setempat”, jelas beliau. Sebagai contoh, perlaksanaan mana-mana projek pertanian di Rembau amat menekankan aspek kesan gandaan seperti penjanaan pekerjaan.

Menyentuh mengenai latihan pada pekerjaan, Saudara Khairi menegaskan bahawa latihan pada dasarnya hendaklah mengikut dan reflektif kepada kehendak pasaran.

Dari segi perbezaan ekonomi dunia dan Malaysia pula, Saudara Khairi menjelaskan bahawa terdapat dua perbezaan utama iaitu, pertamanya, sektor kewangan kita masih adalah kukuh dan keduanya, kita mempunyai kadar simpanan yang tinggi. Maka, kita haruslah mencari jalan untuk penggunaan produktif dana simpanan tersebut dalam bentuk pelaburan. Institusi-institusi kewangan pula hendaklah mengurangkan kerenah birokrasi dalam pinjaman. Selanjutnya Khairy menjelaskan bahawa, mini bajet ini juga berperanan untuk membina keyakinan pengguna untuk berbelanja bagi menjana ekonomi.

Dalam aspek pekerja asing, Saudara Khairy berpendapat bahawa ia melibatkan isu penyelarasan kerana ia berkait rapat dengan isu permintaan buruh dari sektor-sektor tertentu dan juga aspek
penguatkuasaan. Khairy menegaskan bahawa dasar pekerjaan negara hendaklah pro-rakyat tempatan.

Semasa sessi Lintas Langsung tersebut, YB Dato’ Dr Puad memberi beberapa ulasan dan cadangan seperti kempen membeli barangan buatan tempatan, pengurangan kerenah birokrasi serta sistem penyampaian yang dapat memberi kesan dan impak terus kepada rakyat.

Semasa ulasan penutup beliau, Saudara Khairy menjelaskan bahawa keadaan ekonomi kita masih lagi kukuh dan sihat dan mini bajet ini merupakan satu respon dari Kerajaan bagi menangani impak krisis ekonomi dunia. Beliau berharap mini bajet ini akan dapat sampai terus
kepada rakyat dan mencapai impak serta merta. Di samping itu beliau juga mengingatkan semua yang dua rakan utama ekspot negara iaitu Amerika Syarikat dan Singapura sudah pun dilanda kemelesetan ekonomi. Seterusnya beliau menekankan kepentingan untuk Kerajaan membela kebajikan rakyat serta menangani pengangguran.

Sunday, March 8, 2009

UMNO kena bersetiakawan, saran Najib

Sumber: Berita Harian (7 Mac) - Umno mahu pastikan BN menang

KUALA LUMPUR: Umno menghormati semangat setiakawan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan mempertikaikan soal calon sama ada dari MIC atau sesiapa pun yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah pada 7 April depan.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata Umno negeri, termasuk bahagian Merbok akan bekerja keras bagi memastikan calon dipilih pucuk pimpinan BN merampas semula kerusi DUN berkenaan.

"Saya ingin nyatakan Umno Kedah dan Umno bahagian Merbok akan memberi kerjasama sepenuhnya dan komited untuk memastikan calon BN pada pilihan raya kecil ini mencapai kemenangan. "Soal calon tidak timbul. Sesiapa dari mana-mana parti sekali pun yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti akan diterima oleh Umno Kedah dan bahagian Merbok," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno dengan Badan Perhubungan Umno Kedah di ibu pejabat parti, di sini, semalam.

Mesyuarat bagi membincangkan persiapan parti untuk pilihan kecil Bukit Selambau itu dihadiri dua Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz; dan Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhd Taib serta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Kerusi DUN Bukit Selambau, dalam Parlimen Merbok itu kosong berikutan peletakan jawatan wakil rakyatnya, V Arumugam pada 9 Februari lalu.

Najib Setuju Semangat Setiakawan

Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak setuju dengan Semangat Setiakawan sebagai teras falsafah kerjasama sesama ahli komponen parti BN. Ini juga selari dan sejajar dengan tema Setiakawan KJ.
KUALA LUMPUR 7 Mac - UMNO sentiasa menghormati semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (BN) dan bersedia menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau termasuk daripada MIC.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, komitmen yang sama juga telah dinyatakan oleh Badan Perhubungan UMNO Kedah dan UMNO Bahagian Merbok bagi memastikan calon BN mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil 7 April ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menjelaskan, tidak pernah timbul dalam UMNO sebarang pertikaian mengenai calon parti mana yang lebih layak, sebaliknya semua pihak akan bekerjasama sebagai satu pasukan.

"Saya ingin nyatakan UMNO Kedah dan UMNO Merbok akan memberi kerjasama sepenuhnya dan akan komited untuk memastikan calon BN mencapai kejayaan dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Bagi UMNO, tidak timbul pertikaian mengenai calon. Kita boleh menerima sesiapa sahaja termasuk daripada MIC. Itu terserah kepada pucuk pimpinan BN dan kita sentiasa menghormati semangat setiakawan dalam BN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat antara Jawatankuasa Pengurusan UMNO Pusat dan Badan Perhubungan UMNO Kedah di sini hari ini.
Kerusi DUN Bukit Selambau kosong setelah wakil rakyatnya, V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 8 Februari lalu dan menghilangkan diri sehingga hari ini.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain berkata, kerusi DUN Bukit Selambau yang diserahkan kepada MIC 14 tahun lalu wajar dikembalikan kepada UMNO kerana parti itu mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang.

Mengenai calon BN yang akan diumumkan, Najib berkata, terserah kepada pucuk pimpinan BN untuk memutuskannya.

"Boleh jadi sehari sebelum penamaan calon atau lebih awal dari itu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib memberitahu, agenda mesyuarat berkaitan dengan pembahagian tugas dan penyelarasan berkaitan pilihan raya berkenaan.

Katanya, dengan kerjasama yang lebih erat di dalam UMNO sendiri dan di antara parti komponen, pihaknya akan berusaha memastikan gerak kerja jentera BN berjalan dengan lancar

Wednesday, March 4, 2009

Winning and Winnable Team

Source: SakMongkol AK47

A few months back, I started blogging about KJ. He has announced his intention to go for the ketua pemuda post. It was a logical step considering he is the Naib Ketua Pemuda. It's not good for a young man to stifle his ambitions. A few years serving as deputy head of Pemuda has allowed him to gain firsthand knowledge and experience. 

Can anyone deny that for better or for worse, KJ has been at the forefront of many Pemuda outings that were required to show its existence? UMNO consented to whatever Pemuda was doing at that moment. Those were necessary for UMNO's armour propre. Can anyone imagine, UMNO without the rambunctiousness of Pemuda? Otherwise, what is it? Is it just an organisation headed by the very much subdued Hishamudin Hussein? 

That reality is, UMNO youth would not be UMNO youth without some characteristics associated with the recklessness of youth. So, I will just dismiss these Johnny-come-lately censorships of what should have been done right. We are burdened with what is. These criticisms which were mostly directed of course at KJ are just noises from the chisel after the house is already completed. The point is, no one UMNO youth leaders, KJ or non KJ need apologise for UMNO youth being UMNO youth. 

I started with my own apprehension of KJ. He has been pictured as an ogre whose ambitions know no bounds. To worsen things, he has been the centre of the Khairy chronicles. The author of the KJ chronicles is none other than the notorious RPK. I use the term notorious to signify an open ended reputation. When he is politically gone, you may wish to assign him any epitaph you desire. It is similar to the prefix of notorious BIG, the rap singer.

I have written well over 40 articles on why I support KJ. I have received criticisms on my stand. Some even questioned my moral compass. One very virulent commentator even said KJ and I have no business to be in UMNO. I am saddened by this kind of attitude. Just what kind of people is fit to be in UMNO? The docile and muted kind who never question the basis of power held by the UMNO leadership? Are they the unquestioning ever trusting 'digits' that will forever be used as fodder to the political canons in UMNO? Used when needed and glorified when intended to be used as shield? For too long the majority in UMNO have been dead in their loyalty. Now it is time for the majority to be alive even though in rebellion. 

What is the basis of UMNO's power? Islam has never been its raison d'ĂȘtre. Please don't insult our intelligence by insisting it is so. Have you been to any of the UMNO General Assemblies? If you have, then the behaviour of the rambunctious UMNO delegates would dispel any notions that UMNO's raison d'ĂȘtre is Islam. 

The basis of UMNO's power is power itself couched in the concept of nationalism. The basis of UMNO's power is economic patronage. To me these are the twin pillars on which the foundation of UMNO power rests. 

So when one commentator recently asked-UMNO needs a winning team, or dream team, which team does she want to lead UMNO? Is that the team that perpetuates the traditional basis of UMNO's power- which is power itself and economic patronage? The problem of such a foundation is that it is hollow and lacks legitimacy. 

By the first pillar, UMNO imposes its power by using the instruments of power itself. It legislates its will through. Perhaps the more appropriate term is it bulldozes its way through. As a result, such attitude fails to instil conviction. A belief without conviction is hollow. 

Power through economic patronage fails to secure legitimacy because such power is not supported by the merits of the recipient. Because it is not funded on intrinsic strengths, it suffers from lack of legitimacy and that makes power that is achieved through that way, weakly defensible. 

What we actually need is a winnable team, not a winning team. The concept of winnable suggests that you win because of something you can achieve and do. You win people over by the force of reasoned arguments and not the application of physical force or the coercive instruments of power. The concept of winning team suggests that UMNO leadership is given. That at once places us as the mute and docile majority. 

It is back to my old argument of ascriptive and achieving norms. The subscribers to ascriptive norms will want a team held together by clubbish instincts. You are inducted into its fraternity because of who you are. You are inducted into the club because of your status. Emphasis on this belonging-ness therefore disqualifies others who challenge the age-old system. More worrisome is that a team founded on ascriptive norms, legitimizes itself through the instruments of power and economic patronage. Because it is founded on these pillars, it perpetuates the system in which UMNO presently finds itself in troubled waters. 

The attempt to link UMNO's winnable prospects to KJ or specifically to the EXCLUSION of KJ is a flawed argument. What more when the basis of exclusion is based on private perception that KJ is young and impatient etc.etc. That renders such arguments, unconvincing. I can use other unflattering description of such an argument but will exercise restraint in the name of civility. 

In UMNO, the dominant power source is always the party- never its wings. The pemuda or any other wings play a supportive role only and their relative prominence depends on the earnest endeavours of their respective leaders. If you have a docile and meek leader, his organisation will reflect his timidity. 

The traits of a winnable team consist of those features associated with achieving norms. You are chosen because of what you can achieve and contribute. Included in the features should be the ability to appeal to the broadest spectrum of Malaysians as possible. 

The only candidate among the three (not the thousands of UMNO youths) who has an appeal broad enough to make UMNO a winnable party is KJ. 

The elevation of KJ as ketua pemuda represents our best chance to break the glass ceiling. It will be the singular signal that anyone can become a leader in his organisation. Otherwise, UMNO leadership will forever vests with the genetic elite. It will forever rest with the groups most identified with the nebulous concept of tradition. Which in reality simply means, you are in the inner circle, enjoying close proximity with the existing powers that be, patiently waiting for your turn, don't rock the boat types. Well, this type of leadership is good for yesterday's setting.

This kind of thinking finds resonance in today's call for KJ to be patient. Why can't he wait his turn? UMNO needs a winning team? So I ask, what is UMNO's dream team? Your dream team might be a nightmare team for me. Why should KJ wait? 

In my estimation, this kind of passivity driven thinking is more likely to be linked closely to people who depend on fortuitous events and on providence to shore up the leadership that we badly need. If UMNO rejects a more deterministic and purpose-driven search for its leadership and instead fall back on chance and providence, hoping willy-nilly, the right leaders will emerge, then I believe UMNO will be doomed. A new UMNO needs a conscious process to seek leadership.

The elevation of KJ represents a part of that conscious and purposeful effort and deterministic one to define what kind of leadership UMNO requires. It represents the first serious UMNO effort to foist a conscious system to find the leadership it needs. 

Lawatan Ke Rumah Mangsa Banjir Di Kawasan Parlimen Rembau



2 Mac 2009 - Beberapa kawasan di dalam kawasan Parlimen Rembau telah dilanda banjir besar akibat daripada hujan lebat yang turun pada malam sebelumnya. Setelah mendapat maklumat daripada pemimpin-pemimpin tempatan dan ahli-ahli Pemuda UMNO Rembau, Sdr. Khairy yang simpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir di kawasannya telah turun ke padang untuk melihat bdan memberikan bantuan kepada mereka yang terlibat.

Kehadiran Sdr. Khairy pada jam 4.00 petang di Kg. Paroi, iaitu salah sebuah kampung di DUN Paroi yang dilanda banjir, telah menaikkan semangat dan motivasi para penduduk yang dalam keletihan akibat tidak tidur semalaman kerana membersihkan kediaman mereka yang diliputi lumpur tebal. dalam ucapan Beliau, Sdr. Khairy memaklumkan kejadian banjir yang berlaku pada kali ini amat besar dan merupakan satu bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Beliau juga menasihatkan agar para penduduk menjaga kesihatan masing-masing dan memantau keselamatan anak-anak sepanjang masa.

Dalam majlis ringkas yang diadakan di hadapan rumah En. Shamsul, Ketua UMNO Cawangan Kg. Paroi, Sdr. Khairy telah menyumbangkan bantuan wang tunai manakala pihak JKM telah menyumbangkan bantuan makanan kepada 31 buah keluarga yang terlibat di kampung tersebut. Selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau, beliau juga telah meminta seramai 50 orang ahli Pemuda Cawangan Kg. Paroi, Kg. Paroi Barat, Kg. Sentosa, Kg. Tok Dagang dan Taman Tasik Jaya Bandar untuk turun membantu membersihkan rumah-rumah yang dilanda lumpur tebal.

Terima kasih diucapkan kepada kakitangan Majlis Perbandaran Seremban dan Pejabat Daerah Seremban kerana telah sama-sama membantu penduduk membersihkan rumah dan membaiki kerosakan infrastruktur dengan segera.

Pada jam 5.45 petang pula, Sdr. Khairy telah pergi melawat kesan kejadian banjir di DUN Chembong dan menyampaikan sumbangan kecemasan di Kg. Kundur Hulu. Pada majlis tersebut, YB. Tuan Zaifulbahri Idris, ADUN Chembong telah mengumpulkan seramai 35 buah keluarga dari kampung tersebut dan 3 buah kampung lain yang turut terlibat iaitu Kg. Kundur Tengah, Kg. Pilin dan Kg. Pedas Hilir untuk menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Rembau dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Antara yang hadir di majlis tersebut adalah Tn. Haji Mohd Rawi, Pegawai Daerah Rembau dan kakitangannya, Puan Rohaizal, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa agenssi kerajaan yang turun membantu sepanjang hari tersebut. Menurut daripada maklumat penduduk di sana, banjir besar yang terakhir berlaku adalah pada 13 tahun yang lepas dan penduduk tidak menjangkakan, selepas 13 tahun banjir besar tersebut berlaku lagi dan merosakkan kediaman mereka.

Lawatan Sdr. Khairy di Parlimen Rembau berakhir di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Balairaya Kg. Lubok Cina pada jam 7.00 malam, dimana terdapat 6 buah keluarga yang masih tinggal di pusat pemindahan tersebut. Selain daripada menyampaikan sumbangan, beliau turut berbual dengan para penduduk dan menasihatkan mereka agar bersabar dan tidak tergesa-gesa untuk pulang ke rumah selagi keadaan banjir tidak surut sepenuhnya.


Sdr. Ijam dan Pemuda UMNO Cawangan Kg. Sentosa sedang sibuk membersihkan salah sebuah rumah yang teruk dilanda banjir lumpur.


Pemuda UMNO Cawangan Kg. Paroi bertungkus lumus membuang lumpur di sebuah rumah yang paling teruk dilanda banjir.


Petugas Parlimen Rembau melihat kesan-kesan kejadian banjir yang berlaku malam sebelumnya untuk dilaporkan kepada Pejabat DaerahSeremban.


Menyampaikan sumbangan kecemasan kepada semua mangsa banjir di Kg. Paroi


Menyampaikan bantuan makanan kepada 15 orang penduduk yang paling teruk dilanda banjir


Mengunjungi rumah penduduk yang rumahnya terletak di sebelah sungai dan paling teruk dilanda banjir


Bertanyakan khabar dan menasihati tuan rumah agar menjaga kesihatan walaupun sibuk membersihkan rumah


Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli Pemuda Rembau yang sedia membantu apabila diperlukan khidmat mereka








Melihat kesan bencana banjir yang memusnahkan tebing sungai untuk dilaporkan kepada Pejabat Daerah Seremban bagi diambil tindakan pemulihan tebing sungai.


Berucap di hadapan mengsa banjir Kg. Kundur Hulu, Kg. Kundur Tengah, Kg. Pilin dan Kg. Pedas hilir




Besara YB Tuan Zaifulbahri Idris, ADUN Chembong menyampaikan sumbangan kewangan dan makanan kepada mangsa banjir


Menyampaikan bantuan kepada warga emas dari Kg. Kundur Tengah


Menyampaikan sumbangan kepada Ketua UMNO Cawwangan Lubok Cina yang turut tinggal di Pusat Pemindahan Banjir di Balairaya Kg. Lubok Cina




Melayan kanak-kanak yang sedang menikmati makan malam mereka di pusat pemindahan.

Monday, March 2, 2009

Pemuda dinasihat tidak lakukan konfrontasi - Malaysiakini

KUALA LUMPUR 1 Mac - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menasihatkan 700,000 anggotanya supaya tidak membuat konfrontasi atau keganasan secara fizikal yang boleh mencetuskan kekacauan.

Beliau berkata, pergerakan itu tidak pernah menggalakkan atau mengizinkan perlakuan sedemikian di kalangan anggotanya.

"Tetapi pada masa yang sama, saya ingin katakan bahawa semua ini tercetus kerana keceluparan Karpal Singh di Dewan Rakyat.

"Saya rasa Karpal Singh perlu berhati-hati, jangan main-main dengan Pemuda UMNO, dengan sentimen akar umbi sebab saya rasa kemarahan ini memang serius dan beliau harus berhati-hati dengan apa yang dia cakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Terbuka Belia Seputeh di sini.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden kekecohan di Parlimen, Khamis lepas yang membabitkan 30 anggota Pemuda Selangor dan Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor dan pengerusi DAP.

Karpal minggu lepas melabelkan Pemuda UMNO sebagai 'celaka' dan mendakwa pergerakan itu menghantar dua butir peluru melalui pos ke rumahnya.

"Tapi kita kena mengakui bahawa kemarahan ini berpunca daripada kenyataan yang dibuat Karpal Singh di Dewan Rakyat dan saya telah mencabar beliau untuk membuktikan bahawa peluru pistol yang dihantar kepadanya itu datang daripada Pemuda UMNO," kata Khairy.

Beliau berkata, Karpal diberi tempoh 24 jam untuk membuktikan tuduhan itu tetapi sehingga kini beliau gagal berbuat demikian, sebaliknya peguam veteran itu menyifatkan Khairy sebagai seorang 'budak kecil' yang juvenile (kanak-kanak).

"Terdapat kesilapan contoh yang dibuat oleh Karpal Singh, mungkin kepada beliau saya budak kecil, tetapi sekurang-kurangnya saya tidak mengikut seperti beliau... Saya tidak buat tuduhan yang tidak berasas... dan kalau saya budak kecil yang juvenile, mungkin beliau adalah seorang orang tua yang senile (nyanyuk)," katanya.

Beliau berkata, keceluparan Karpal di Dewan Rakyat telah mencetuskan keadaan tegang sehingga mengakibatkan sekumpulan 30 anggota Pemuda UMNO Selangor mengambil tindakan nekad untuk berdepan dengan ahli politik veteran itu bagi meminta penjelasan mengenai perkataan 'celaka' dan tuduhan terhadap Pemuda UMNO.

"Ini tuduhan yang cukup serius, cukup kesat... ini saya istilahkan sebagai politik longkang dan macam mana kita hendak kawal emosi dan sentimen sebilangan daripada 700,000 ahli Pemuda, itu baru 30 orang, jadi saya rasa Karpal Singh perlu berhati-hati dengan apa yang dia cakap selepas ini," katanya.

Khairy berkata, beliau percaya Pemuda UMNO bukanlah pihak yang memulakan kekacauan dalam insiden di Parlimen itu dan terpulanglah kepada Parlimen untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah.

Beliau juga berkata, Pemuda UMNO telah menyediakan peguam untuk membela anggotanya yang terlibat dalam insiden itu. 

Source: Utusan Malaysia