Thursday, February 12, 2009

Tenaga Kepimpinan - Malaysiakini

Seorang pemimpin itu hendaklah bertenaga orangnya. Kepentingan aspek ini amat penting di mana Rasulullah SAW sendiri menegaskan dalam sabdanya; “ajarlah anak-anak kalian, memanah, berenang dan menunggang kuda” di mana bukan sahaja aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menyihatkan badan tetapi juga dapat meningkatkan tenaga fizikal, malahan aura tenaga – sebagai contoh ada musuh yang kagum dan gentar melihat ketangkasan Rasulullah SAW menunggang kuda.

Dalam pengurusan moden, aspek tenaga ini juga amat dititik beratkan. Jack Welch, yang merupakan lagenda CEO dunia dan bekas CEO General Electrics, telah melontar dan mengenengahkan 4Es in leadership iaitu: Energy, Energises, Edge and Execution. Dalam formula penilaian kepimpinan beliau, Energy atau tenaga disebut 2 kali secara zahirnya, di mana seseorang pemimpin itu hendaklah bertenaga (Energy) dan mampu memotivasi dan menjana tenaga mereka yang dipimpinnya (Energises).

Dalam pemilihan KP UMNO kali ini, sebagai pemimpin bagi generasi dan kelompok muda, sudah pastilah pemimpin itu harus mempunyai dan dilihat mempunyai tenaga yang kuat, tegar dan dinamik serta berdaya tahan. Dan untuk itu, proksi penilaian yang terbaik adalah kesanggupan dan ketahanan calon mengembara dan berjumpa dengan perwakilan dan melawat bahagian-bahagian Pemuda di seluruh pelusuk dan ceruk rantau.

Dalam aspek ini, Saudara KJ begitu hebat sekali. Daripada maklumat yang Hang Tegar terima, sepanjang beliau menjadi NKP, beliau telah merantau dan melawat lebih 90 peratus daripada keseluruhan 191 Pemuda Bahagian. Di samping itu, pada bulan Januari lepas, beliau telah, dan merupakan satu-satunya Pemimpin UMNO – tak kira dari senior ataupun Pemuda, yang telah menghabiskan masa 5 hari melawat semua bahagian di Sabah melalui jalan darat. Bukan senang nak travel di Sabah dengan keadaan geografi dan jalan yang berliku-liku serta jarak perjalanan yang sangat jauh antara satu bahagian ke satu bahagian tetapi atas dasar dan semangat setiakawan seorang pemimpin, beliau sanggup meredah dan mengharungi cabaran ini.

Inilah dianya Pemimpin yang mewakili politik akar umbi yang sebenar.

No comments: