Sunday, February 15, 2009

Sifat Seorang Pemimpin Besar [Siri 2] - Malaysiakini

Salah satu sifat seorang Pemimpin Besar adalah berpandangan jauh, bertanggung jawab dan mampu melihat dan menilai kepentingan organisasi lebih dari peribadi. Ini ditonjolkan oleh Saudara Khairy dengan mempelawa calon-calon Ketua Pemuda mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan jentera pilihanraya bagi dua pilihanraya kecil yang bakal diadakan dua bulan lagi.
Ia satu saranan dan inisiatif yang begitu inklusif, berdaya kepimpinan dan mencerminkan jiwa besar seorang pemimpin dari anak muda bergelar Khairy. Ini kerana persiapan hendaklah dibuat dari sekarang bagi memperkuatkan jentera bagi dua pilihanraya yang serentak, mengetatkan dan megembalikan fokus dan iktikad kepada pilihanraya kecil depan, memupuk semangat organisasi serta yang juga penting, membina mekanisme penyatuan dari sekarang; lebih-lebih lagi kerana pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas proses pemilihan kepimpinan UMNO.
Inilah contoh kepimpinan untuk semua
KUALA LUMPUR 14 Feb. – Lima calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda UMNO yang bakal bertanding pada pemilihan parti Mac ini perlu mengadakan mesyuarat khas sebagai persiapan awal bagi menghadapi dua pilihan raya kecil April depan.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, mesyuarat itu penting supaya sesiapa sahaja yang terpilih menyandang kedua-dua jawatan berkenaan mampu mendapat sokongan rakan-rakan sekali gus memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, tarikh dua pilihan raya kecil yang bakal berlangsung beberapa hari selepas Perhimpunan Pemuda UMNO akan menyebabkan jentera sayap di bawah kepimpinan baru tersebut kesuntukan masa untuk mempersiapkan jentera pilihan raya.

“Selaku Naib Ketua dan dengan mandat daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, saya memanggil semua calon Ketua Pemuda dan naibnya bermesyuarat lebih awal untuk memastikan persiapan jentera pilihan raya,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Ini bagi memastikan kesinambungan dan kelancaran kerja institusi Pemuda UMNO pada kedua-dua kempen pilihan raya berkenaan tidak terjejas kerana pemilihan parti,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru beliau bercadang menjemput Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo; Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir selain beliau yang bakal bertanding jawatan ketua sayap itu untuk mengadakan mesyuarat khas berkenaan.

Khairy turut bercadang memanggil Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Razali Ibrahim dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican yang bakal bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda untuk menghadiri mesyuarat itu.

No comments: