Wednesday, February 11, 2009

Siapakah Calon Sokongan Pembangkang Bagi Jawatan KP UMNO? - Malaysiakini

Daripada perbualan Hang Tegar dengan penyokong-penyokong dan ahli-ahli PR, Hang Tegar dapati mereka semuanya memuji dan mengakui ketokohan dan kebolehan Khairy tapi bila Hang Tegar cuba usik dan risik siapa yang patut jadi Ketua Pemuda UMNO, merangkap Ketua Pemuda BN – jawapan mereka semuanya senada dan sekata yakni: mana-mana calon selain Khairy. Depa kata tak payah lah si Khairy ni, begitu begini penjelasan depa.

Tapi jawapan mereka tidak boleh diambil secara face value kerana maksud, tujuan dan kepentingan politik mereka. Sudah pastilah secara strategic dan tacticalnya, Ketua Pemuda UMNO yang lemah, kurang berkemampuan dan kurang bijak dapat memberi keuntungan dan given competitive advantage kepada Pembangkang.

It’s a given competitive advantage sebab KP UMNO yang kurang diterima atau tidak mempunyai upaya dan potensi untuk memenangi disamping keserasian mewakili generasi muda sudah pastinya memberi kelebihan percuma kepada pembangkang.

Secara analoginya, bolehlah kita gambarkan umpama kalau dalam pertandingan lawan lari 400 meter, keputusan pencalonan yang tidak sesuai adalah umpama memberikan starting advantage kepada pembangkang yang memulakan larian pada jarak 100 meter di hadapan BN.

Jadinya, Hang Tegar harap para perwakilan dapat menilai ini semua dan memberikan undi kepada calon yang mantap dan berdaya kepimpinan – untuk semua.

No comments: