Sunday, February 15, 2009

Rasional had umur 40 tahun dalam Akta Pertubuhan Belia - Malaysiakini

Antara pandangan mengenai penggubalan Akta Pertubuhan Belia yang menetapkan had umur 40 tahun bagi pemimpin belia:

[1] Tanpa had umur, persatuan belia akan dipimpin oleh mereka yang telah terlalu tua untuk dapat menyelami dan memahami impian dan minat belia. Ini akan menjadikan persatuan belia gagal merancang dan melaksanakan program yang menggamit imaginasi belia.

[2] Tanpa had umur, ia juga bertentangan dengan banyak strategi pembangunan belia seperti konsep penghakupayaan, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya.

[3] Sebaliknya, terdapat begitu banyak faktor yang amat memanfaatkan jika had umur ini diwujudkan. Antaranya, persatuan belia akan menjadi lebih mesra-belia yang selanjutnya dapat menarik lebih ramai belia menjadi ahlinya, aktivitinya akan lebih menggamit imaginasi dan belia akan berasa kepunyaan terhadap persatuan belia yang benar-benar dianggotai dan dipimpin oleh belia.

[4] Manakala dari segi advokasi, belia akan benar-benar mendapat wadah bagi memastikan suaranya didengar, isunya dibincangkan dan peranannya diiktiraf.

Maknanya: Memang molek dan bertepatan sungguh bagi seseorang pemimpin generasi muda itu muda orangnya. PEMUDA UNTUK PEMUDA…

No comments: