Wednesday, February 11, 2009

Himpunan Menjunjung Kasih - Malaysiakini


Pemuda Barisan Nasional (BN) dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada hari Sabtu - 9 February 2009, menganjurkan satu perhimpunan raksasa bagi menyatakan sokongan kepada Sultan Perak Shah atas pelantikan Menteri Besar Perak yang baru, perhimpunan raksasa tersebut diadakan di Padang Majlis Bandaran Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil,

Hampir 5,000 rakyat pelbagai kaum turut menyertai perhimpunan raksasa tersebut, turut dihadiri oleh beberapa pemimpin Umno termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC G. Shamugavelu.

Selain ucapan daripada wakil parti komponen BN dan NGO, para hadirin turut melaungkan 'Daulat Tuanku'.

Mereka juga melaungkan desakan supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilaporkan menyatakan hasratnya menyaman Sultan Azlan Shah.

Mereka turut mendesak bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan segala tindak-tanduk menderhaka titah Sultan Perak.

Menurut Naib ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin berkata, mereka yang hadir berkumpul di perhimpunan ini bukanlah dari satu bangsa atau satu kaum, tetapi ini ialah suara hati generasi muda yang diwakili oleh semua bangsa Melayu, Cina dan India bersama berhimpun menunjukan suara rakyat yang menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku yang mahu supaya sistem raja berpelembagaan terpelihara di Malaysia.

Beliau juga menegaskan bahawa rakyat Malaysia sememangnya merasa kecewa dengan tindakan beberapa pihak yang menderhaka terhadap titah sultan dan juga arahan Sultan Perak dan dimana negara kita ialah negara yang berpelembagaan mempunyai kedaulatan undang-undang.







No comments: