Wednesday, February 18, 2009

Pemimpin Nasional Terbaik Bagi UMNO - Malaysiakini

Pandangan dan hujah yang dilontarkan Saudara Khairy merupakan yang paling inklusif dan forward-looking bagi UMNO dan Pemuda semasa rancangan Hujah semalam, yang dikategorikan sebagai gelanggang satu lawan dua oleh Malaysiakini - dimana KJ melawan Mukhriz dan Khir. Ulasan KJ mencakupi segmen UMNO dan juga rakyat awam manakala ulasan Mukhriz dan Khir hanyalah berkisar kepada segmen UMNO semata-mata.

Sebagai sebuah organisasi politik, UMNO hendaklah melihat dan membawa perjuangannya bukan berdasarkan kepada kacamata ahlinya sahaja. UMNO adalah parti tunjang belakang Barisan Nasional yang menagih dan mendapat undi bukan dari ahli UMNO atau ahli komponen parti dalam Barisan Nasional sahaja, malahan golongan awam yang terdiri dari pembangkang dan juga yang tidak berparti – samaada tua atau muda. Sehubungan dengan itu, pemimpin dan calon-calon pemimpinnya haruslah mempunyai visi dan pandangan nasional untuk UMNO kekal relevan dan representatif sebagai penaung bukan sahaja kepada orang melayu dari segi peranannya sebagai sebuah parti politik, namun juga kepada semua dari segi kepentingannya menjadi parti terbesar dalam gagasan kerajaan pusat.

Ini lah yang baru dinamakan anjakan dan perubahan penuh pengisian lagi berani – dan bukan sekadar berani di atas pentas selesa untuk santapan segmen sendiri tetapi boleh membawa hujah yang sedia diuji di khalayak awam.

Khairy telah mengambil ketetapan yang konsisten di dalam kenyataan serta hujah beliau dalam hal ini, terutama selepas Pilihanraya Umum ke 12 lalu, dan ia kekal dengan pendirian penuh prinsip sebegitu. Tiada doublespeak di sini dan inilah dianya Pemimpin nasional bagi UMNO yang terbaik untuk dipilih.

No comments: