Tuesday, February 24, 2009

Peka dan ambil berat - Malaysiakini

Lawatan Ke Rumah Mangsa Ribut Di Kg. Sungai Timun Dan Rumah Rakyat Lubok Cina
22 Febuari 2009 – YB Sdr. Khairy Jamaluddin berkesempatan pada hari ini untuk bertemu dan mendengar khabar daripada penduduk di Kg. Sungai Timun dan Rumah Rakyat Lubok Cina yang terlibat dengan kejadian ribut, di mana hampir 70 buah rumah rosak akibat daripada bencana tersebut. 

Dalam lawatan tersebut, YB. Khairy telah bersetuju untuk membaik pulih sebuah surau di Kg. Sungai Radin dan menurunkan peruntukan sejumlah RM20,000.00 bagi membina kembali bumbung surau yang rosak teruk dalam kejadian pada malam sebelumnya. Bagi penduduk yang tinggal di rumah rakyat, pihak Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mula menggantikan atap rumah yang telah diterbangkan angin kencang, manakala bagi rumah-rumah tradisional, kontraktor yang dilantik telah mula melaksanakan tugas mereka pada hari yang sama.

Dalam sesi bertemu penduduk di Balai Raya Rumah Rakyat Lubok Cina, wakil penduduk memaklumkan tentang kejadian yang berlaku pada malam itu, dan mengucapkan terima kasih di atas tindakan pantas pemimpin Barisan Nasional serta agensi Kerajaan yang terlibat. Bencana tersebut turut mendapat perhatian khas daripada Y.Bhg. Dato' Haji Azman Bin Haji Hassan, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang telah membuat lawatan segera ke lokasi bencana pada malam tersebut untuk bersama-sama penduduk memeriksa kerosakan yang berlaku.



Melawat Surau Kg. Sungai Radin yang rosak teruk akibat bencana ribut yang berlaku pada malam sebelumnya




Keadaan Surau Kg. Sungai Radin yang memerlukan pembaikian segera




Melawat salah sebuah rumah yang rosak teruk akibat ribut di Kg. Sungai Timun




Bertemu dengan YB Dato' Dr. Awaludin Bin Said, ADUN Kota yang sedang membuat anggaran kerosakan di Kg. Sungai Timun




Berbincang dengan YB Dato' Dr. Awaludin dan Puan Norazlin, Penolong Pegawai Daerah Rembau tentang bentuk bantuan yang akan disalurkan




Sdr. Shaharizan, Jurugambar Pusat Khidmat Parlimen Rembau bersama Wartawan Sinar Harian sibuk membuat liputan kejadian yang berlaku




Dari kiri: En. Ameruddin, Pegawai JKM Parlimen Rembau, Sdr. Ramli, Ketua Pemuda Sungai Timun, dan Sdr. Rosman dari Teluk Kemang




Sesi dialog bersama Penduduk di Rumah Rakyat Lubok Cina




Sdr. Khairy turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku dan akan memastikan rumah-rumah yang rosak dibaiki segera




Antara penduduk yang hadir semasa sesi dialog tersebut
Source: Rembau Dot Net


No comments: