Sunday, February 15, 2009

Khairy, Pemuda Tetap Bersamamu - Malaysiakini

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Pemuda DAP Perak telah membuat laporan polis terhadap Khairy tentang ceramah dan penyertaannya dalam Perhimpunan Menjunjung Kasih terhadap Paduka Seri Sultan Perak pada minggu lepas.

Begitulah DAP, yang marah dengan hilangnya kuasa mereka dan tiada lagi can memperkudakan Nizar dan PAS di sana – terus buat apa sahaja hatta buat laporan polis terhadap Khairy.

Kepada Khairy, andalah hulubalang dan pemimpin pemuda bagi pemuda yang begitu berani dan bertindak teguh dan tegar mempertahankan kedaulatan dan maruah institusi raja di tanah watan ini.

No comments: