Monday, February 16, 2009

Kerangka Pelan Strategik - Malaysiakini

Maklumat terkini: Hang Tegar mendapat tahu yang Khairy, selaku Naib Ketua Pemuda UMNO, Ketua Biro Pengurusan dan Disiplin Pemuda serta Pengerusi Akademi Pemuda, telah menghantar satu deck of slides yang dinamakan Kerangka Pelan Strategik (KPS) kepada semua Ketua-ketua Pemuda Bahagian.

Hang Tegar mendapat maklumat ini dari seorang Ketua Pemuda dari Pahang. Beliau memaklumkan Hang Tegar yang kandungan KPS tersebut amat berguna kepada beliau, dan hasil maklum balas rawak beliau dengan rakan-rakan Ketua Pemuda Bahagian yang lain – rata-rata mengatakan ia amat membantu mereka terutama dalam merangka strategi, visi, misi dan objektif pergerakan pemuda bahagian.

Menurut beliau, KPS itu mengandungi panduan untuk membuat SWOT analysis serta systematic plan to transform conceptual vision to quantified objectives and lastly to initiatives yang ada key performance indicators-nya beserta tatacara untuk membuat analisa pencapaian. Ini semua bakal membuatkan pergerakan pemuda lebih srategik, relevan dan mempunyai disiplin yang tersusun dan sistematik untuk mencapai sesuatu objektif.

Pada hemat Hang Tegar, macam inilah peranan dan sumbangan seorang pemimpin yang mempunyai wawasan dan intelek untuk membawa Pemuda ke satu era yang lebih cemerlang.

No comments: