Monday, February 16, 2009

Kepentingan Parti Mengatasi Segalanya - Malaysiakini

Saya berpendapat bahawa kepimpinan baru Pemuda UMNO Malaysia bakal menghadapi jadual yang ketat dan mencabar dalam menyediakan jentera dan membuat persiapan lengkap untuk pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau memandangkan tarikh pengundian bagi kedua-dua pilihanraya kecil tersebut akan diadakan serentak pada 7 April, iaitu selang berapa hari selepas Perhimpunan Pemuda UMNO.
Jesteru itu, saya mencadangkan, dengan mandat dari YB Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein, agar semua calon-calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda iaitu Dato' Seri Khir Toyo, Dato' Mukhriz Tun Mahathir, Dato' Reezal Merican dan Dato' Razali Ibrahim bermuafakat dan bermesyuarat bagi memastikan persiapan jentera sudah dibuat lebih awal, tanpa kita menunggu siapa yang dipilih sebagai Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda.
Saya selaku Naib Ketua Pemuda bercadang memanggil mesyuarat tersebut demi memastikan kesinambungan, kelancaran kerja dan fokus institusi Pemuda UMNO tidak terjejas kerana pemilihan dalaman parti. Dengan cara ini siapa sahaja yang dipilih boleh mewarisi institusi dan sayap yang bersiap sedia untuk kedua-dua pilihanraya kecil di Perak dan Kedah kelak.
KJ

No comments: