Friday, February 13, 2009

In defence of Sak Mongkol AK47 - Malaysiakini

Beginilah Dato’ Sak,

Persepsi mengenai KJ sekarang adalah akibat daripada serangan, rekaan, umpatan pihak-pihak tertentu baik dari saingan politik beliau, pembangkang serta mereka yang menggunakan beliau sebagai proksi hentaman bagi individu tertentu. All that – in totality and cumulatively telah memberikan persepsi negative kepada beliau.

Sungguhpun semua pihak maklum akan hal ini, samaada aktivitis serangan – mahupun pihak awam yang celik minda dan akal, impak serangan tersebut masih ada dan membiakkan ramai yang menjadi sceptical dengan penjelasan, hujah-hujah dan jawapan yang diberi baik dari KJ sendiri mahupun penyokong atau mereka yang merasakan bahawa anak muda ini punyai potensi dan leadership capital yang diperlukan oleh parti UMNO dan Malaysia, sepertimana Dato’ dan saya.

Bercakap mengenai scepticism ini, bolehlah mereka dikategorikan kepada dua, sebagaimana yang dihuraikan oleh seorang rakaan saya, iaitu: domestic scepticism dan global scepticism.

Mereka yang jenis domestic scepticism ini adalah golongan yang saya gelarkan sebagai factual or brain-based scepticism. Ini umpama kalau saya kata Mr A gemuk kepada penganut scepticism ini – mereka akan bertanya balik kenapa saya kata dia gemuk. Kalau saya jawab Mr A gemuk sebab berat dia 100 kg dan tingginya Cuma 1.4 m so dari komposisi berat-dan-tingginya ia akan nampak gemuk serta dari berat puratanya dia memang gemuk. Jadinya, kalau saya jumpa dia lagi dan kata Mr A dah tak gemuk dan beratnya sekarang jatuh 55 kilo. Dia akan percaya sebab mental image dia dah locked based on certain factual premise of what gemuk is all about. Therefore, to counter this section is to rely on facts and formative arguments.

Bagi global scepticism pula or yang saya suka gelarkan sebagai emotional or sentiment or heart-based scepticism – mereka ini terpaut kepada bait-bait angin emosi dan tidak endah kepada fakta atau penjelasan rasional. Jadinya kalau exhibit Mr A tadi disenariokan kepada mereka – tidak akan ada perubahan pandangan atau persepsi mereka kerana Mr A pastinya gemuk dan forever gemuk. Disebabkan mereka ini mudah tercuit dengan emosi maka emosi jugalah senjatanya. Di sinilah ujian bagi seseorang pemimpin itu kerana great leaders move their people not by moving their minds but by moving their hearts and emotions.

Penjelasan demi penjelasan yang Dato’ Sak berikan amat bernas dan berbaloi bagi minda yang berfikir or the first segment of the sceptics. Tapi saya rasa komen yang Dato’ Sak terima lebih merujuk kepada or stemmed from the latter group.

Pun begitu, characterisation di atas does not hold up for a third sceptics i.e. interest-based scepticism. Ini kerana kritikan dan scepticism mereka is a function of merits and demerits of doing so. Jadinya, ada persoalan untung-rugi di sini.

Kepada mereka yang masih sceptical tentang KJ, buatlah cost-and-benefit analysis tentang beliau – samaada dalam konteks UMNO dan pertandingan ini (yakni relative comparison dengan calon-calon lain vis-à-vis halatuju parti) ataupun dalam konteks new Malaysian politics, that creates new political challenges.

Dan buatlah jua penilaian. In corporate finance, a business value is empirically studied and analysed based on the combinations of the present value of existing assets component and present value of growth opportunities component. Likewise, bolehlah juga dinilai KJ ni dari his (present and potential) role, talent and leadership capital. Barulah fair assessment tu.

1 comment:

Anonymous said...

Banyak yang berkepentingan tak suka KJ ni. Apapun, usaha tangga kejayaan. Hidup KJ!