Thursday, February 19, 2009

HUJAH - KJ SUDAH KENA PUSING ~ Malaysiakini


Source: Protes Minda

Agak sedih malam ni bila Sensei lihat KJ kelihatan keseorangan tanpa penyokong-penyokong sejati beliau. Kerana terlalu mengikut format perdebatan, yang mensayaratkan hanya setiap panelis hanya membawa 5 orang kanan, KJ sudah kena pusing dengan kedua-dua panelis yang membawa hampir 50 orang penyokong mereka.

Sensei amat marah dengan pihak penganjur yang tidak mematuhi format yang dijanjikan, dengan membenarkan penyokong KT dan Mukh masuk dan duduk di bahagian hadapan. Seperti yang dijanjikan, hanya pelajar IPTA sahaja yang akan memenuhi ruang dewan, tetapi malam ni KJ sudah kena pusing.

Berdasarkan maklumat yang Sensei terima daripada 5 orang pegawai KJ yang masuk di dalam dewan, mereka menyatakan bahawa pihak penganjur benar-benar meminta KJ menepati syarat majlis yang dianjurkan, tanpa membawa sebarang penyokong yang dikatakan akan membawa masej yang tidak tepat dalam sesi perdebatan tersebut.

Akibatnya, KJ berada dalam keseorangan tanpa teman-teman yang sebenarnya ingin masuk ke dalam dewan tersebut. Manakala perwakilan yang menelefon Sensei mengomel bahawa KJ tidak seharusnya mengikut sangat format yang dicadangkan. Kerana sudah pasti panelis yang lain akan membawa perwakilan untuik menyokong hujah kosong mereka.

Inilah akibat kepada KJ yang terlalu baik dengan mengikut format yang dicadangkan, sedangkan dalam politik, persepsi penonton itu amat penting. Walaupun hujah kedua-dua penelis yang lain nampak tidak konsisten dan bercampur aduk, dengan adanya penyokong, maka ianya akan kelihatan baik di kalangan penonton.

Untuk KT dan Mukh, anda memang tidak layak untuk menerajui perjuangan pemuda kerana amalan mungkir janji ini sudah sebati untuk anda berdua, atau dengan kata lain, Islam Munafik.

Nasihat Sensei kepada KJ, dalam politik ini penuh cabaran, dan musuh-musuh yang menentang tidak akan mengikut cara yang baik untuk menang dalam persaingan.

Salam.

Surat tersebut Sensei terima daripada Pejabat KJ - Click gambar untuk paparan lebih baik:-

No comments: