Tuesday, February 24, 2009

Disegani Rakan dan Lawan - Malaysiakini




Hang Tegar dimaklumkan oleh seorang rakan dari pihak media bahawa YB Salahuddin Ayub dan KJ telah membuat satu sidang akhbar di Parlimen tengah hari tadi, di mana Salahuddin menghantar surat yang ditujukan kepada Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Seri Hishamuddin, agar diadakan satu debat mengenai Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau ringkasnya PPSMI.

Hang Tegar mendapat tahu yang KJ berada di situ dan menerimanya bagi pihak Dato’ Seri Hisham dan Pemuda UMNO. Beliau secara wajar dan decorum-nya menegaskan bahawa pelawaan ini akan dibincangkan dan diputuskan oleh Pemuda UMNO. Di samping itu memandangkan Pemuda UMNO pun sedang dalam proses pemilihan dalaman parti, maka mungkin juga isu itu akan diambil alih kepimpinan baru, jelas KJ.

Semasa sessi sidang akhbar tersebut, KJ jugak tanya Salahuddin mengenai status pelawaan beliau supaya diadakan perbincangan mengenai ISA. Sebagai seorang yang berpegang teguh pada prinsip menyuwarah dan muafakat – KJ mahukan satu wadah penyatuan orang melayu dan Islam melalui perbincangan seperti ini.

Salahuddin juga dilaporkan telah mengenalkan KJ pada sidang akhbar itu sebagai bakal Ketua Pemuda UMNO…. Insya Allah dan ameeeennnn.

Begitulah dianya, KJ seorang yang memperjuangkan penyatuan orang melayu dan Islam serta juga seorang pemimpin yang disegani lawan.

No comments: