Monday, February 16, 2009

Teras dan Wawasan Khairy - Malaysiakini

Source: Utusan Malaysia's interview, Rembau Dot Net
Peranan Pemuda: Di adun dari satu P kepada Empat P iaitu dari hanya kepada Pendesak kepada Pembela, Pemikir, Pencadang dan Pemudah cara atau agen pelaksana bagi agenda dan polisi Parti.
Lima Teras Strategi:

Yang pertama adalah sosioekonomi di mana adalah menjadi strategi dan iltizam Pemuda bagi membantu meningkatkan penyertaan, pencapaian, daya saing serta peluang ekonomi bumiputera, khususnya dan seluruh rakyatMalaysia, amnya. Kalau dilihat pada pencapaian ekonomi bumiputera, pendapatan puratanya masih tercorot berbanding etnik utama yang lain dengan pendapatan sebanyak RM3,156 yang juga 14 peratus lebih rendah dari pendapatan purata penduduk Malaysia. Manakala pemilikan ekuiti bumiputera hanyalah 19.4 peratus berbanding bukan bumiputera pada 43.9 peratus. Pemilikan aset bukan kewangan milik bumiputera pula amatlah rendah pada 15 peratus berbanding etnik Cina pada 76.1 peratus atau nisbah1:5. Untuk itu, Pemuda akan berusaha menjalankan program dan aktiviti bagi menjana budaya keusahawanan di kalangan generasi muda. Pada masa yang sama Pemuda akan bersama turun ke bawah ke akar umbi membantu usaha-usaha membasmi kemiskinan, baik kemiskinan luar bandar mahupun kemiskinan bandar.

Teras kedua berkisar agama, bangsa dan tanah air. Di sini Pemuda akan terus mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu berdasarkan pendekatan nasional. Pemuda juga akan terus meningkatkan interaksi bersama kaum lain bagi menjana penerimaan dan pemahaman nasional mengenai dasar membantu orang Melayu. Pemuda juga akan terus mempertahankan kedaulatan agama Islam di samping menyokong keterbukaan yang wajar.
Bagi teras ketiga pula, golongan belia merupakan aset penting bagi negara. Mereka adalah kelompok terbesar dalam populasi rakyat Malaysia di mana 10.7 juta atau 42 peratus daripada warga Malaysia berada dalam julat umur antara 15 hingga 40 tahun. Dari sini Pemuda akan mendampingi dan engage dengan mereka di samping menyelami dan menjawab isu-isu yang mereka utarakan. Pemuda juga akan membantu membela kebajikan dan nasib golongan muda terutama cabaran kerjaya dan pengangguran.
Teras keempat, visi kepimpinan Pemuda adalah berkisar pendidikan, latihan dan bina upaya. Pemuda akan mengambil pendirian dan ketetapan menyokong hasrat dan dasar kerajaan menjana perpaduan nasional melalui sistem sekolah kebangsaan di samping usaha-usaha meningkatkan pencapaian orang Melayu dalam pendidikan.
Teras yang terakhir adalah berkenaan politik. Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan terus menjadi tunjang belakang bagi kempen pilihan raya BN danakan berusaha menjawab segala tohmahan serta asakan pembangkang disamping menjadi benteng bagi dasar-dasar kerajaan. Untuk itu Pemuda akan berusaha menggembleng jentera pilihan raya yang lebih tersusun di samping pendekatan yang lebih komprehensif. Pemuda juga akan menguatkan silaturrahim antara parti komponen BN. Namun,harus Pemuda ingat, dalam masa ia melaksanakan strategi tadi, Pemuda perlu mengambil kira sensitiviti parti-parti komponen yang lain berteraskan prinsip setiakawan.

No comments: