Monday, January 26, 2009

Sudah Menjangkau Generasi...

Baru-baru ini, rakan Hang Tegar dari RTM ada bagi tau mengenai perbualan antara dua panel jemputan, KJ dan YB Salahuddin Ayub, MP PAS bagi Kubang Kerian dan Ketua Pemuda PAS, di studio RTM di Parlimen semasa menunggu masa siaran lintas langsung temubual khas mengenai Palestin pada 12 Januari lepas.
Beliau memberitahu yang YB Salahuddin ada tanya pasal pertandingan KP UMNO and KJ jawab yang ini merupakan satu proses demokrasi yang sihat dalam UMNO. And then KJ tanya balik Salahuddin samaada beliau akan mempertahankan jawatan KP PAS dalam muktamar PAS pada bulan Mei ini. Dia jawab, tak.
Salahuddin kata, umurnya pun sudah menjangkau lebih 45 tahun dan bagi mereka yang lebih 40 tahun, kepimpinan pemuda bukan lagi buat mereka. Dia kata, pemuda ni lain cara nak pimpin dan mentalitinya... "macam orang yang seusia saya, dah kena slow down sikit. Kalau pemuda tak, kalau apa-apa pun kena buat dulu, kalau salah sikit tak pa - sebab dah memang pemuda... tapi kalau dah masuk 40 lebih, lain sikit lah".
Begitu lah lebih kurang, ingatan kawan saya dari RTM tentang komen YB Salahuddin. So, kepada rakan-rakan dalam Pemuda UMNO, tak kan lah PAS lebih sophisticated dan lebih celik mata tentang selera serta tuntutan kepimpinan Pemuda... Tak kan nak henjut guna sentimen atau habuan? Tak kan kita terlepas pandang calon Pemuda yang terbaik untuk kita semua?

No comments: