Tuesday, January 27, 2009

Penglibatan Saudara Khairy dalam proses rundingan dengan Suqiu - Malaysiakini

MENJELANG pilihan raya umum November 1999, sebuah Gabungan Persatuan-persatuan Cina (Suqiu) telah mengemukakan 83 tuntutan di bawah 17 Perkara.Tuntutan yang disifatkan sebagai memenuhi hak kaum Cina di negara ini telah mencetuskan ketegangan kaum kerana dilihat sebagai mencabuli hak-hak istimewa Bumiputera sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Rentetan daripada itu, Pergerakan Pemuda UMNO telah membuat demonstrasi di luar Bangunan Dewan Perniagaan Cina Selangor mendesak agar tuntutan tersebut ditarik balik.

Menurut Saudara Khairy, konfrontasi ini berlarutan sehinggalah Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri, dan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, berbincang dan sependapat bahawa jalan terbaik adalah untuk mengadakan rundingan dan perbincangan bersama Suqiu. Setelah mendapat lampu hijau daripada YAB Perdana Menteri ketika itu, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, Saudara Khairy telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk bersama-sama kumpulan perunding khas yang diketuai oleh Dato’ Azim Zabidi. Kumpulan ini turut dianggotai oleh Zaki Zahid dan juga Munir Aziz.

Rundingan ini telah mengambil masa 26 jam tanpa henti dan kumpulan perunding khas daripada UMNO memaklaumkan Suqiu bahawa daripada 83 tuntutan mereka, UMNO hanya membantah tujuh daripadanya yang dianggap sensitif dan menyentuh hak-hak istimewa Bumiputera.

Rundingan tersebut agak rumit dan ada kalanya tegang. Pada satu ketika salah seorang perunding daripada Suqiu melontarkan pantun Melayu kepada perunding dari UMNO, dan Saudara Khairy telah membalasnya dengan pepatah Cina – ini telah melenturkan ketegangan tadi umpama “ice breaker” bagi proses rundingan. Hasilnya, kedua-dua pihak telah membicarakan isu kontrak sosial termasuklah perkara-perkara penting di dalam Perlembagaan Persekutuan. Rundingan tersebut berakhir dengan pendekatan jalan tengah dan rasa empati kepada kedudukan kedua-dua pihak.
Source: Off The Edge Interview

No comments: