Tuesday, January 27, 2009

ISU2 - Malaysiakini


Antara isu-isu yang telah diketengahkan oleh Khairy di Parlimen:

Ekonomi: merangkumi, antara lain, Dasar Ekonomi Baru, pengurusan fiskal negara, belanjawan tahunan serta dasar ekonomi lima tahun negara, dasar dan pengurusan subsidi negara, hubungan dagang antarabangsa, suntikan fiskal ekonomi, inovasi sebagai penjana pertumbuhan dan daya saing ekonomi, dasar pengangkutan awam negara serta guna tenaga asing

Pendidikan: merangkumi, antara lain, kuota biaswa Jabatan Perkhidmatan Awam – di mana Saudara Khairy menggesa Kerajaan menyemak semula pemberian biasiswa pelajar Bumiputera yang turun daripada 90 peratus kepada 55 peratus pada tahun 2008, prestasi pelajar di institusi pendidikan tinggi, Akta Universiti dan Kolej Universiti, kepentingan pendidikan keusahawanan
Tenaga Boleh Diperbaharui seperti nuklear, solar, angin dan juga bio-fuel

Kebajikan umum: termasuklah aspek berkaitan ibu tunggal, orang kurang upaya, perumahan kos rendah terutama bagi golongan berpendapatan rendah yang masih tinggal di flat satu bilik di ibu kota, projek perumahan terbengkalai, pembinaan jalan di kawasan desa dan kampong, pembelaan bagi golongan yang tinggal di estet-estet, bantuan bekalan air bersih, telekomunikasi dan elektrik bagi golongan di kawasan terpencil, nasib petani, isu berkenaan baja pertanian
Geo-politik, yang meliputi, antara lain, pembelaan rakyat Palestin yang ditindas dan dibunuh secara kejam oleh Israel, tuntutan agar sekatan ekonomi dan ancaman ketenteran dikenakan kepada Israel, gesaan agar Malaysia mempelopori satu gagasan ketenteraan dari negara-negara Islam bagi memastikan keselamatan rakyat Palestin, status Stesyen Tanjong Pagar
Kepincangan negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang termasuklah janji-janji mereka yang tak tertunai

Golongan Muda: pendidikan, pengangguran, bina upaya dan latihan, peluang penjanaan ekonomi serta keusahawanan, kebajikan golongan muda
Sains dan Innovasi

Antara isu-isu lain yang telah diketengahkan oleh Saudara Khairy:

Perlaksanaan hukum Hudud. Isu ini telah diketengahkan oleh Saudara Khairy semasa majlis Debat di Dewan Besar Islam di Kota Bharu di negeri kubu kuat PAS, Kelantan. Hasilnya, PAS, DAP dan PKR berbalah sesama sendiri dan YB Dato’ Husam yang kuat mempertahankan dasar PAS di untuk melaksanakan Hudud kemudiannya menyerah kalah dan menarik balik kenyataannya atas desakan kuat DAP

Dasar Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris – di mana Saudara Khairy menyarankan agar bahasa pengajaran subjek-subjek berkenaan di kekalkan pada bahasa ibunda.

No comments: