Tuesday, January 27, 2009

DEBAT - Malaysiakini

DEBAT atau perbahasan terbuka secara ilmiah, tertib dan matang adalah instrumen penting dalam menterjemahkan pendirian dan pemikiran seseorang di samping sebagai jambatan untuk berinteraksi di atas pentas terbuka dengan orang ramai atau segmen tertentu masyarakat, terutama sekali golongan muda.

Dalam hal ini, Saudara Khairy begitu aktif dan sentiasa terbuka untuk berdebat dan berbahas di pentas umum baik dengan pembangkang mahupun sahabat dari UMNO. Sebagai contoh, pada 3 Ogos 2008, Saudara Khairy telah menerima jemputan persatuan pelajar United Kingdom and Eire Executive Council for Malaysian Students (UKEC) bagi sessi forum bersama dengan dua wakil muda pembangkang iaitu YB Tony Pua daripada parti DAP dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad dari Parti Keadilan. Sekalipun disanggah dan diapit oleh dua wakil pembangkang, seperti menjadi patty of the burger, saudara Khairy telah muncul cemerlang sebagai ahli panel yang, bukan sahaja mendapat penghormatan atas keberanian dan kesedian berdepan dengan pembangkang dari dua penjuru, tetapi juga daripada kebernasan, kelancaran idea dan kebijakan beliau membahas dan membicarakan isu minyak dak pengurusan subsidi yang menjadi topik utama perbincangan forum tersebut.

Selanjutnya, sebaik sahaja ketiga-tiga calon bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendapat lesen atau jumlah pencalon minima bagi kelayakan bertanding, Saudara Khairy telah mempelawa calon-calon lain untuk turut serta dalam debat atau forum terbuka bagi berbincang serta mengenengahkan visi, wawasan serta perancangan setiap calon bagi memimpin pergerakan tersebut. Saranan ini, walau bagaimana pun, tidak mendapat sepenuh sokongan daripada kesemua calon yang bertanding.

Manakala pada 20 Disember 2008, Saudara Khairy telah menerima jemputan Unit Penerangan PAS Kelantan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan. Selain Saudara Khairy, debat berbentuk wacana tersebut turut membariskan Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Husam Musa dan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari serta dipengerusikan Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.

Sekalipun bertandang ke negeri kubu kuat pembangkang, disergah dan dihambat dengan jeritan dan gema sokongan kepada Dato’ Husam serta serangan hujah dari dua penjuru atas kecenderungan Professor jemputan dari UIA menyokong tema dan pendirian pembangkang, Saudara Khairy tetap berdiri teguh, tidak berganjak walau seinci dari ketetapan dan pendirian serta hujah bagi menjelas dan mempertahankan dasar Kerajaan di samping mempertikaikan pegangan pembangkang hatta Dato’ Husam terjerat dalam soal Hudud.

No comments: