Monday, January 26, 2009

Apa Salahnya Hang Nadim - Malaysiakini

Satu ketika dahulu, Singapura pernah digegarkan dengan berita pantai mereka diserang dengan sekumpulan todak. Tiada lagi nelayan yang berani mahu ke laut. Tiada siapa berani mendekati kawasan pantai kerana takut dibunuh atau diserang todak. Semuanya menjadi runsing dan pelbagai cara digunakan untuk menghalang daripada todak ini terus menyerang dan memusnahkan Singapura. Pada mulanya, rakyat diarahkan untuk mengorbankan peha mereka. Namun begitu, pengorbanan ini adalah sia-sia. Akhirnya, datanglah seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Hang Nadim memberikan cadangan agar batang pokok pisang dijadikan sebagai benteng untuk menghalang serangan todak. Terbukti cadangannya itu menjadi dan Singapura selamat kembali. Hang Nadim wajar diberikan pengiktirafan dan penghargaan. Tanpa Hang Nadim, barangkali tiada wujudnya Singapura ketika ini. Tapi, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Hang Nadim dibunuh kerana takut akan menjatuhkan Sultan. Kepandaiannya menimbulkan hasrat dengki sehingga Hang Nadim dihukum bunuh. Hang Nadim dibuang ke laut!
Apa salah Hang Nadim? Hang Nadim dibunuh kerana kepandaiannya. Hang Nadim dibunuh kerana Hang Nadim bijak. Hang Nadim dibunuh setelah menyelamatkan nyawa ramai orang. Hang Nadim dibunuh setelah menyematkan Singapura dari dilanggar todak, (Mastikus)
Maka apa salahnya pula KJ? Janganlah kerana hasad dengki, takut dan kurang yakin dengan upaya diri sendiri maka seorang anak muda yang berpotensi tinggi, bijak, berkarisma serta berdaya kepimpinan kuat dihukum seperti Hang Nadim.

1 comment:

Pejuang Bangsa said...

Ini lah politik malaysia ...pembunuhan karektor kepada pemimpin yang hebat yang sedang meningkat naik ..

inilah taktik politik Che Det yg kita tau sejak dari dulu lagi ..kalau tak 3 TPM dia tak kena tendang la kecuali Pak Lah yang berjaya menjadi PM ..