Friday, December 19, 2008

Dari Parlimen: Telok Intan to Jerlun - "you don't know, don't saylah"



Sumber: Hansard Dewan Rakyat [15 Disember 2008], Parlimen Malaysia

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Penjelasan.

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Biar saya habiskan ayat ini. Yang baru ini bagi menjayakan aspirasi kita semua untuk memerangi rasuah, pembangkang masih mahu mempolitikkannya. Itulah sahaja yang mereka tahu buat. Silakan.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Terima kasih Yang Berhormat Jerlun dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan Yang Berhormat Jerlun, dua kali Yang Berhormat sebutkan tentang tuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Pembangkang.

Jadi adakah Yang Berhormat tahu tuduhan yang dibawa pada masa itu adalah bukan di bawah Akta Pencegahan Rasuah tetapi di bawah satu Ordinan Tahun 1948 yang tidak boleh dipakai lagi oleh bekas Perdana Menteri? Adakah kamu sedar dan tahu bahawa itu adalah satu penyalahgunaan kuasa pada masa itu?

Beberapa Ahli: Ya, ya, ya.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Sila beri jawapan, mengapa tidak gunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997?

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Yang Berhormat Telok Intan, apa pun kita semua dalam Dewan yang mulia ini mestilah menjalankan tugas dan tanggungjawab kita mengikut undang-undang.

Kalau itulah undang-undang pada waktu itu, itulah juga undang-undang yang harus kita pakai.

Jadi tidak perlulah kita hendak mengungkit perkara yang lama-lama ini. Setahu saya, mahkamah juga yang menjatuhkan hukuman dan telah menjalankan tugasnya, maka itulah yang kita terima. [Dewan riuh]

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: You don’t know, don’t saylah.

No comments: