Friday, November 21, 2008

Perbahasan Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Khamis, 13 November 2008]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin tampil untuk menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa. Pertamanya saya rujuk kepada Maksud Pembangunan 22, Perkara 03200 iaitu Program Kesejahteraan Rakyat dan di sini saya melihat bahawa hampir RM700 juta telah diperuntukkan bagi Rancangan Malaysia Kesembilan untuk program tersebut dan sebahagian besar 50% telah pun dibelanjakan dan pada tahun depan diperuntukkan hampir RM200 juta.

Jadi di sini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah falsafah untuk digunakan duit bagi Program Kesejahteraan Rakyat ini kerana saya tahu antara tujuan utama program ini adalah untuk menghapuskan kemiskinan tegar, memberi kemahiran dan sebagainya kepada miskin tegar di kawasan luar bandar. Akan tetapi saya hendak soal di sini, apakah pencapaian setakat ini dan apakah fokus bagi tahun depan untuk memastikan program ini berjaya termasuklah keutamaan dari segi wilayah dan juga falsafah pembangunan tersebut. Ini kerana kalau kita lihat kerajaan pada hari ini ada tujuan, ada matlamat untuk menghapuskan miskin tegar pada tahun 2010, tetapi satu masalah yang besar juga adalah bagaimana miskin tegar ini yang akan mungkin masuk ke dalam golongan miskin sahaja dapat diangkat daripada golongan miskin ke golongan middle class dan sebagainya.

Saya rasa itu pun satu cabaran yang penting yang barangkali kita perlu memberi penekanan sedikit kepada program tersebut. Apabila mereka keluar daripada miskin tegar, saya rasa senang kerana mungkin kita bagi bantuan kebajikan, kita perkasakan dari segi ekonomi sedikit sebanyak. Namun untuk sustain, untuk kekalkan perkasaan itu daripada kerajaan untuk memastikan bahawa mereka yang miskin tegar ini keluar terus daripada kepompong miskin itu. Itu menjadi satu perkara yang penting dan saya harap ada penelitian yang sedikit dalam jawapan menteri nanti dari segi pendekatan, fokus dan juga keutamaan dari segi pelaksanaan Program Kesejahteraan Rakyat ini di kawasan luar bandar.

Yang kedua adalah Maksud Pembangunan 22, Perkara 02300 dan juga 02500 yang berhubung kait dengan jalan luar bandar, penyelenggaraan jalan kampung dan sebagainya. Seperti mana Yang Berhormat Menteri tahu ini menjadi masalah ruji atau staple problem bagi wakil-wakil rakyat terutamanya seperti saya dan rakan-rakan yang datang dari kawasan luar bandar yang mewakili rakyat di luar bandar.

Di sini saya minta sekali lagi dijelaskan apakah kriteria keutamaan, prioriti dari segi perbelanjaan yang cukup besar ini untuk jalan-jalan kampung dan juga jalan-jalan luar bandar seperti mana yang saya rasa semua wakil rakyat telah kemukakan permintaan dan wish list masing-masing. Saya pun di ketiga-tiga DUN yang saya mewakili di kawasan luar bandar pun saya sudah hantar wish list saya dan saya harap menteri boleh memberi gambaran bagaimana perbelanjaan ini akan dilaksanakan agar diberi secara adil dan saksama kepada setiap kawasan yang ada di luar bandar.

Yang ketiga, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Pengerusi, Maksud Bekalan 22, Perkara 100300 berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Di kawasan Rembau juga, di Kampung Miku, di Kampung Seperi dan juga di Kampung Seri Kendung ada banyak masyarakat Orang Asli di sana. Di sini saya agak risau sedikit kerana kalau kita melihat Perkara 100300 dalam One-Off Item, kita melihat bahawa ada peruntukan one-off sebanyak RM23.1 juta. Akan tetapi kalau kita lihat pula kepada Butiran 030300 iaitu dalam Jabatan Hal Ehwal Orang Asli itu sendiri, kalau kita lihat dari segi khidmat pengurusan, perancangan dan penyelidikan, pembangunan sosioekonomi, kesihatan dan perubatan, semuanya dikurangkan peruntukan dari tahun 2008 sampai ke 2009. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah sebab peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dalam perkara yang asas seperti kesihatan, seperti perkasaan ekonomi dan sebagainya dikurangkan.

Ini kerana bagi saya kita tidak sepatutnya membiarkan Orang Asli ini jadi satu masyarakat yang dispossess, yang tidak dijaga, yang tidak dibawa bersama dengan kita dalam arus pembangunan perdana dan sebagainya. Apabila saya melihat ada kekurangan dari segi peruntukan daripada tahun lepas, saya pohon Yang Berhormat Menteri mungkin ada jawapan untuk menunjuk bahawa ini mungkin satu perkara yang tidak diteruskan selepas ini.

Terakhir adalah mengenai Bekalan Air Luar Bandar, Maksud Pembangunan 22, Perkara 02000. Di sini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian, adakah tidak bekalan air luar bandar untuk estet-estet ini masuk juga dalam Skim Bekalan Air Luar Bandar. Ini kerana saya rasa estet-estet lama ini dan terutamanya saya melihat kepada kawasan saya sendiri ada estet yang telah ditubuhkan, diwujudkan pada zaman British dahulu seperti Estet Ladang Perhentian Tinggi yang masih lagi mendapat air melalui air bukit dan sebagainya. Kini kita telah memohon daripada kementerian untuk diadakan bekalan air terus kepada estet-estet tersebut.

Saya telah buat lawatan, saya rasa betul-betul bahawa ini menjadi keutamaan kerana sudah sekian lama sejak pra kemerdekaan estet-estet ini tidak diberi bekalan air yang bersih, yang constant, yang dibiayai dan dibina oleh kerajaan. Jadi saya harap dalam Bekalan Air Luar Bandar ini perhatian yang lebih juga boleh diberi kepada estet-estet terutamanya estet-estet lama ini yang sudah tentunya kita rasa perlu kepada pembiayaan daripada kerajaan. Terima kasih.

3 comments:

Anonymous said...

Bro,
Selamat berjuang untuk jawatan Ketua Pemuda. Rasanya bro semakin kenal mana satu kawan mana satu lawan. Apapun bagi saya, bro berada pada landasan yang betul untuk menjadi ketua pemuda. Satu pesanan untuk kita semua. Siapa ketua pemuda yang diinginkan oleh pemuda Umno dalam pemilihan akan datang. Apakah seorang ANAK BAPA,ANAK JANTAN atau SUAMI MITHALI yang didambakan oleh ahli-ahli pemuda. Kalau mahukan ANAK BAPA mereka boleh pilih Mukriz, kalau mahukan suami mithali mereka boleh pilih Khir Toyo tapi kalau mereka mahukan ANAK JANTAN, pilih Khairy Jamaluddin. Kerana hanya ANAK JANTAN sahaja yang berani dan mampu untuk berdepan dengan PKR yang samseng dan Anwar Ibrahim yang celupar. Tidak ada maknanya menang dalam pimilihan Umno tetapi kita kalah dalam PRU13. Selamat berjuang bro...AHMAD SAABUN PUTERA UMNO

Anonymous said...

Photobucket


Kata Aluan Blogger Panglima Perang Cyber


Terima kasih atas kunjungan anda ke sini.

Bahan bahan di sini untuk dibaca, dikupas dan dikomen oleh semua. Komen disiarkan tanpa tapisan dan anda bertanggungjawab atas apa yang anda tulis !!!

Ini inisiatif saya bagi memberi fakta kepada semua warga malaysia di dalam menerima atau menolak sesiapa dan apa apa sahaja di malaysia.

Saya tidak bertanggungjawab jika ada sebarang kerugian dan keburukan dari penyiaran bahan bahan di sini.

" Pastikan kebenaran sentiasa menang lawan kebatilan "

Sila Email saya @ Mari Chatting di Yahoo Messenger :

panglimaperangcyber@yahoo.com

Sunday, November 23, 2008
RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 BERKAITAN ISU HARGA BARANG KHUSUSNYA DI SABAH SARAWAK
Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk :

“Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”

Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.

2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara wewenang. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.


3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persainagn yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.

4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini. Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.

Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sekian terima kasih.


Disediakan oleh :

CHEGUMAN ( BLOGGER WAADAT )
http://waadat.blogspot.com






Be the first to rate this [?]
You might like:

* Salinan komen saya di Blog Ust Nasaruddin Tantawi - satu pandangan
* no2umno : Mangsa mati kerana NGV haram pun ko nak salahkan kerajaan

2 more recommended posts »
Posted by Panglima Perang Cyber at Sunday, November 23, 2008 0 comments Links to this post
Penulis Blog perlu ada kod etika ( Menteri Dalam Negeri )


Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mahu satu kod etika diwujudkan sebagai panduan kepada penulis blog dan komuniti Internet (Netizen) ketika menulis pandangan dan membuat laporan melalui ruang siber.

Beliau berkata, penulisan dan laporan blog kini bukan lagi satu aktiviti mengisi masa lapang, sebaliknya telah berubah menjadi satu jenama dan banyak pihak mendapat keuntungan melalui blog serta portal berita.

Katanya, lebih penting lagi, budaya blog semakin menyentuh kehidupan lebih ramai rakyat Malaysia yang berpeluang mencapai lebih banyak sumber berita dan maklumat.

''Dengan peralatan yang begitu berkuasa, penulis blog mampu mempengaruhi pembaca dan membentuk perspektif mereka. Penulis blog mampu menyatupadukan komuniti dan mereka juga boleh memecahbelahkan mereka.

''Menjadi hasrat kita supaya penulis blog meneruskan kegiatan mereka seiring dengan harapan negara untuk memastikan keamanan dan kemajuan dicapai secara lestari," katanya dalam ucaptama merasmikan Forum Bloggers Buff 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, penulis blog khususnya dan rakyat Malaysia perlu sentiasa mementingkan komposisi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.

Katanya, rakyat Malaysia mesti menggunakan semangat tolak ansur, perpaduan dan harmoni untuk terus membina bangsa yang maju dan bersatu padu.

''Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan negara kerana ia penting kepada kemakmuran negara," katanya.






Be the first to rate this [?]
You might like:

* Kerja keras Pak Lah dari 2004 - 2008( Agama / Perpaduan Edisi 2 )
* Lagu : Pemergian ( sempena pengunduran Pak Lah 6 bulan lagi )

2 more recommended posts »
Posted by Panglima Perang Cyber at Sunday, November 23, 2008 1 comments Links to this post
Blogger Penyapu Lidi yang baru faham Erti Blogger Pembela Negara



Mulanya saya dapati ada komen tidak menarik dan lebih kepada salah anggap di blog penyapu lidi ( gambar atas ).

Namun selepas itu saya dapati dia memahami menerusi penerangan di ruang komen yang saya letak. Dan juga di blog saya sendiri.


Selepas itu beliau datang menghubungi saya melalui YM dan nampaknya beliau antara neutral people walaupun mengaku 80% mengkritik kerajaan.



Apa yang menariknya beliau sanggup menarik balik kata katanya tentang usaha BPN dan menyiarkannya kembali di blog beliau di atas.

Saya doakan dia akan sertai team kami ini sampai bila2...







Be the first to rate this [?]
You might like:

* HINDRAF kurang ajar sekali lagi mahu saman Menteri Dalam Negeri !!!

Posted by Panglima Perang Cyber at Sunday, November 23, 2008 5 comments Links to this post
Saturday, November 22, 2008
Bukti Sokongan Padu Blogger Negara Kita kepada Parlimen Blogger Pembela Negara



Di atas, di tengah dan di bawah adalah antara sokongan bertulis dalan simpanan YM saya yang saya paparkan dalam bentuk imej ( klik untuk lebih jelas ) bagi dilihat oleh kawan kawan dan pembaca sekelian.

Sokongan perlu kerana ia menaikkan lagi usaha kita, dan menyemarakkan lagi semangat yang sudah sedia ada...



Meskipun ada kata2 sinis yang ingin melemahkan usaha saya ini, seperti tuduhan pro kepada team tertentu dalam UMNO, saya dengan ini ingin menafikan SEKERAS KERASNYA.

Seperti kata Cheguman Waadat,

kita perlu jadi satu suara yg tersendiri.
berbeza dlm bebrapa hal ttapi (tetapi )
bersatu dlm perkara pokoh ( pokok )

Sila hadir sendiri lihat apa fokus perbincangan bloggers dan nilaikan sendiri sama ada blogger pro mana mana pihak ada membuat promosi team mereka.




Saya sendiri sering mengingatkan jangan sentuh sedikitpun sebarang perkataan seperti 'berani berubah' atau 'setiakawan' kerana fokus perlu ditetapkan ke arah Pakatan Rakyat.

Jika tidak, kita akan kalah / mati dalam 'rumah' sendiri sedangkan musuh sedang bertepuk tangan di luar melihat telatah 'bodoh sombong' kita....

Dengan melaga lagakan antara team dalam UMNO tentu Pakatan Rakyat akan mendapat sokongan tambahan dari rakyat dan itulah barangkali maksud anonymous yang beri komen andaian liar di blog saya.



Che Moq ( S/U Sidang ) juga ada memberitahu saya tentang usaha seperti ini oleh Pakatan Rakyat ( lihat sini ) bermula hari ini 22 Nov dan saya bersyukur kerana usaha kami lebih awal dijalankan iaitu pada 20 November ( iklan dan promosi start 18 Nov )

Sokongan di bawah antara puluhan sokongan yang saya terima, tetapi diharap blogger yang tidak disiarkan sokongan mereka, tidak bermakna mereka tidak menyokong.



Senarai list dalam team Blogger Pembela Negara adalah senarai mereka yang menyertai sidang sesi 1 dan 2 sebelum ini...

Terima Kasih atas sokongan anda dan kita kena BERJEMAAH untuk menyatukan ummah...









rated 5.0 by 1 person [?]

Posted by Panglima Perang Cyber at Saturday, November 22, 2008 4 comments Links to this post
Perkembangan terkini Sidang Maya Blogger Pembela Negara kali ke II


Semalam hari kedua Sidang Maya Parlimen Blogger yang sudah disepakati nama Team ini dengan Blogger Pembela Negara ( cadangan Cheguman Waadat )

Sidang pertama dibuat pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari dan sidang kedua semalam jam 9 hingga 12 malam... memandangkan saya ada urusan, maka sidang diteruskan oleh S/U Parlimen blogger Utusan Che Moq...

Satu keseronokan luar biasa apabila kita dapat bersua dengan para blogger yang komited mempertahankan negara dan juga bersedia menemui rakan rakan yang lain ( walaupun hampir kejang tangan ) melayan semua rakan rakan blogger yang mencecah 4 jam keseluruhan satu sesi sidang.

Seronok juga apabila bloggers seperti Minda Intelek, PerakBangkit, PasPkrDap, SejarahMelayu, GAP, Waadat ( sekadar beberapa nama ) hadir dan sudi bertukar fikiran serta info dengan rakan rakan yang lain. Satu suasana harmoni dan sangat mesra.


Bahkan ramai dari luar turut datang memerhatikan sidang maya ini yang melibatkan blogger dari negeri seperti Selangor, Melaka, Perak ( sbg contoh )...

Ikatan ini sangat penting sebenarnya kerana ia membantu ke arah menggalakkan lagi perang siber melawan fikrah melampau dan tidak bersyukur sesetengah blogger yang telah menabur saham dalam membentuk persepsi masyarakat awam bawahan. Atau yang melempar batu sembunyi tangan sehingga fitnah berleluasa dalam pemikiran minda orang melayu Islam...atau rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sedangkan kita juga tidak boleh berdiam diri terhadap keputusan yang dirasa tidak sesuai dibuat kerajaan.

namun, menyumpah seranah dan menghambur kejian dan kata nista tidak akan menyelesaikan masalah.

Lebih baik perbahasan antara bloggers dilakukan dan resolusi dibuat bagi menghantar signal kepada kerajaan tentang pendirian bloggers terhadap apa jua isu.

Seperti isu Majlis Peguam yang menghina Islam, Tulisan Jawi dipinggirkan dan dihalang dari dipakai, Isu mualaf keluar Islam, politik wang, dan lain lain lagi.

jadi, persatuan blogger yang bernamakan Blogger Pembela Negara ini; diharapkan akan berterusan dan kekal.

Insya blogger PASPKRDAP iaitu abe mie terjah ( bekas wartawan ) akan mengusahakan akhbar mingguan ( 2 x seminggu ) Blogger yang pasti memuatkan pandangan positif dan negatif blogger dan diharap ia suara kita dalam menyumbang kepada pembangunan negara agar tetap di atas landasan !!!

Jom kepada saudar/i yang belum menyertainya, kita jumpa lagi malam ini jam 9 malam....


Di bawah salinan komen terkini saya untuk Blogger2 seperti Kadir Jasin, MSO, BigDotCom, Roslan SMS, Penarik Beca dll

Selamat bersidang YB YB sekelian ....


Salam Perpaduan Ummah ! ada kawan2 suruh saya ajak tuan blog untuk dtg join perbahasan bloggers pro BN vs pro PR.. inisiatif ini saya usahakan untuk mengumpul bloggers yg berani dan sedar realiti politik sekarang. Add email saya, untuk kt beramah mesra dan bertukar fikiran dengan team kami ttg politik negara kita. Kita mengkritik tidak bermakna kita bergaduh, bersetuju tidak bermakna semuanya kita angguk memberi restu. Kita mahu bloggers menjadi pihak mempertahankan yang benar dan menolak yang salah. Dengan hikmah dan mauizah hasanah.. Berani berkata benar dan nasihat dengan hikmah seperti tauladan keluarga Rasulullah, itulah yg kita mahu dalam mengumpul bloggers utk sesi sidang alam maya ini.. Lagi banyak bloggers pro dan kontra bertemu sesama sendiri lagi bagus, untuk menajamkan lagi skill perbahasan dan pengetahun serta kefahaman kita terhadap sesuatu isu. harap tuan blog sudi datang dan sy tahu tuan memang orang yang berani @ 'ada telur' untuk bertukar fikiran dgn sesiapa sahaja.. setakat ini blogger dari AnwarDotCom, Minda Intelek, Medan Info, ,GAP, PerakBangkit, SejarahMelayu, Nobisha, Waadat, Pilihan Anda, PerigiJernih, saudagarsenja, Sarfams, paspkrdap,utusanchemoq,abagtuah, pokotua, malim muda sudah menyertai sidang maya bloggers ini.. Jemputan juga sudah dihantar ke bloggers lain seperti Kadir Jasin, Roslan SmS, Penarik Beca dll... Sila add email saya panglimaperangcyber@yahoo.com demi untuk agama,bangsa & negara kita !! Waktu Rasmi : 9 pm Waktu lain : bila2 masa bloggers online dan free untuk sidang. sekian. http://penembak-tepat.blogspot.com

Pejuang Bangsa said...

Hidup YB Kj ...

Bro mmg berada landasan dan track yg betul . KJ adalah calon terbaik KP UMNO dan sesuai dengan jiwa mudanya untuk memimpin Pemuda.

Kita perlu anak jantaN yg berani berdepan dgn PR ..Pemuda perlu support Najib nanti utk berdepan dgn Anwar. Kalau pilih Muhkirz bermakna pilih anak manja yg hanya tahu ikut ckp bapak saja dan tiada pendirian .Pilih Khir tidak bermakna keran rekod Khir yg buruk membuat selngor jatuh ke tgn PR.

oleh itu KJ calon terbaik utk Pemuda UMNO

salam setiakawan