Thursday, November 20, 2008

Perbahasan Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Kewangan [Isnin, 10 November 2008]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin turut serta membahaskan di peringkat Jawatankuasa dan saya merujuk kepada Maksud Pembangunan 10 Perbendaharaan 13000 dan juga kepada Maksud Bekalan 11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, 021000. Tuan Yang di-Pertua saya ingin ...Tuan Pengerusi

Datuk Ronald Kiandee]: Kena sebut Tuan Pengerusi sekarang dalam peringkat Jawatankuasa.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Ya? Tuan Pengerusi, minta maaf.Tuan Pengerusi, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, perbelanjaan di bawah kerajaan ini perlu diteraskan kepada satu prinsip iaitu prinsip sustainability di mana kita tidak perlu belanja perkara yang tidak akan ada kesudahannya iaitu kita letakkan duit kita dalam satu ibarat black hold.
Jadi saya hendak bangkitkan dua perkara yang pertamanya ialah berhubung dengan Cyberview Sdn. Bhd. Cyberview Sdn. Bhd. ini ditubuhkan pada tahun 1996 iaitu 12 tahun dahulu dan Cyberview Sdn. Bhd. ini adalah pemilik tanah bagi Cyberjaya yang menjadi nadi kepada Multimedia Super Corridor.Antara tugas Cyberview Sdn. Bhd. ini adalah untuk membangunkan enterprise building,bangunan-bangunan keusahawanan untuk dijual sewa kepada syarikat-syarikat.
Saya melihat kalau kita lihat daripada anggaran harga projek RM745 bilion dan perkara ini telah berlangsung sejak tahun 2000 dan berterusan sampai RM30 juta pada tahun akan datang. Bagi saya ini menunjukkan bahawa barangkali sustainability, prinsip sustainability itu masih lagi tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan kerana saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah pulangan yang kita dapat ataupun Cyberview Sdn. Bhd. dapat daripada pelanggan-pelanggan iaitu syarikat-syarikat yang bertempat di Cyberjaya.Sudah tentunya apabila kita telah mengasaskan, menubuhkan Cyberjaya ini kita melihat kepada satu sustainable model di mana syarikat-syarikat ICT tersebut akan datang dengan pelaburan swasta untuk memastikan bahawa segala pembangunan kawasan tersebut akan diambil alih oleh swasta sendiri.
Inilah sebenarnya model yang dipakai oleh kawasan-kawasan ICT yang lain seperti Silicon Valley di Amerika Syarikat seperti di Bangalore dan sebagainya.Akan tetapi pada waktu itu kita memang hendak ada government push satu rangsangan daripada kerajaan di mana kerajaan masuk dahulu untuk membina prasarana, bangunan dan sebagainya tetapi ada juga kebimbangan pada waktu itu di mana perkara ini akan menjadi satu property play, satu projek yang lebih memberi tumpuan kepada hartanah daripada isu yang sebenar iaitu penyelidikan, software development dan sebagainya.Jadi saya hendak tanya di sini adakah Cyberview Sendirian Berhad ini akan terus menjadi satu syarikat yang dipunyai oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan yang akan menelan perbelanjaan yang cukup besar pada tiap-tiap tahun dan apakah pulangan yang diharapkan daripada syarikat-syarikat yang bertempat di Cyberjaya. Sudah tentunya kalau duit ini diperlukan untuk penyelenggaraan, maintenance dan sebagainya akhirnya syarikat-syarikat tersebut juga perlu menyumbang melalui keuntungan mereka dan sebaginya kepada upkeep gentrification dan sebagainya Cyberjaya.
Saya tahu banyak insentif kita bagi kepada syarikat-syarikat tersebut cuma masalah yang kita hadapi di sini ialah sustainability.Yang kedua, dalam isu Cyberjaya ini adalah saya melihat sejak kebelakangan ini banyak syarikat masuk ke dalam Cyberjaya tetapi banyak menjurus kepada BPO, business process outsourcing ataupun back office di mana mereka letak regional back office, DHL dan sebagainya di Cyberjaya dan tidak menjurus kepada research and development sedangkan tujuan asal kita ada MSCdan juga Cyberjaya ini adalah untuk kita bentukkan value added knowledge industry dan sebagainya. Akan tetapi apa yang kita lihat pada hari ini adalah lebih kepada ‘low-end’. Bukan saya hendak merendahkan industri BPO tetapi memang tidak lihat bahawa tujuan asal Cyberjaya itu telah dicapai.
Yang kedua Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri adalah Butiran 021000 iaitu bantuan kewangan kepada Indah Water Konsortium Sendirian Berhad (IWK). Sekali lagi saya hendak sentuh tentang isu sustainability. Kalau kita tengok IWK ini diswastakan pada tahun 1994. Pada waktu itu Yang Berhormat daripada Permatang Pauh pun Menteri Kewangan juga dan ini merupakan salah satu daripada privatization yang boleh dikatakan gagal kerana pada tahun 2000 kerajaan terpaksa membeli semula segala ekuiti dalam Indah Water Konsortium ini. Jadi di sini saya hendak tanya kerana perbelanjaan ini cukup besar tiap-tiap tahun RM150 juta, tahun depan RM250 juta apakah pelan tindakan untuk IWK memandangkan IWK ini ada konsesi selama 30 tahun kalau tak silap saya dan apakah falsafah di belakang keputusan kerajaan untuk terus bantu IWK sebagai syarikat yang 100% dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.
Di sini saya hendak tanya sama dari IWK ataupun pembetungan ini adalah dilihat sebagai satu public good. Kalau public good kita tak payah letak di bawah syarikat.Kita minta kerajaan tempatan ataupun kerajaan terus bayar untuk servis tersebut melalui satu jabatan kerajaan tetapi kalau perkara ini adalah satu corporatized services maka kita tak boleh sustain, tak boleh teruskan satu syarikat yang tiap-tiap tahun tidak mendapat keuntungan dan antara sebabnya adalah pelanggan iaitu rakyat tak hendak bayar a rear dalam IWK, IWK tak boleh hendak paksa dibayar semula hutang-hutang daripada rakyat, bil dan sebagainya kerana ini bukan macam api dan air. Api dan air boleh ditutup tetapi pembetungan itu tak boleh ditutup.
Ada satu cadangan dahulu untuk dicantumkan pembetungan ini dengan bekalan air tetapi saya difahamkan bahawa strategi ini pun tidak dilaksanakan oleh kerajaan buat waktu ini.
Jadi saya rasa soalan pokok yang perlu saya rasa kerajaan menjawab pada hari ini adalah sama ada pembetungan ini melalui IWK adalah dilihat sebagai satu public good di mana kalau dilihat sebagai public good saya percaya Yang Berhormat Menteri pun faham tidak diperbadankan melalui satu koperasi yang lost making ataupun kalau dia betul-betul dilihat sebagai satu perkhidmatan yang dikorporatkan satu corporatize services maka sudah tentunya kita tak perlu ada satu black hole yang mana tiap-tiap tahun RM100 juta, RM200 juta perlu diberikan kepada syarikat ini yang tak pernah mendapat keuntungan sejak dia dapat konsesi pembetungan pada tahun 1994.
Yang terakhir Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri adalah mengenai ValueCap dan ini disentuh secara terus kepada tanggungjawab Kementerian Kewangan dalam hal tersebut. Malangnya soalan ini masih lagi tidak terjawab apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa KWSP akan meminjam sebanyak RM5 bilion untuk beli syarikat-syarikat yang nilainya rendah pada waktu ini. Masih lagi ada satu soalan iaitu hutang ValueCap terhadap Khazanah, KWAP dan juga PNB sebanyak RM5.1 bilion yang sepatutnya dibayar balik pada tahun 2006 tetapi dipanjangkan tempoh bon tersebut kalau tak silap saya sampai Februari tahun 2009.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada duit yang disalurkan daripada KWSP itu sebenarnya adalah sebahagian daripada duit itu akan menampung pembayaran bon semula kepada Khazanah, KWAP dan juga PNB kerana ini sekali lagi adalah soal sustainability. Kalau ValueCap ini tak sustainable kenapa kita bagi banyak duit ke dalam black hole tersebut dan kita semua tahu bahawa pasaran saham pada waktu ini memang under value dan apakah market capitalization yang telah hilang di kalangan syarikat-syarikat yang ValueCap ini ada saham dalam syarikat-syarikat tersebut akan menjejaskan lagi pelan untuk ValueCap beli saham dalam keadaan pasaran sebegini rupa.
Jadi sekali lagi adalah soal sustainability sama ada kita dapat bayar balik bon tersebut, sama ada bon itu wujud kerana saya baca perkara ini dalam berita sama ada bon ini wujud sebanyak RM5.1 bilion dan sama ada bon itu dapat di redeem dapat dibayar semula dan adakah duit daripada KWSP ini yang diambil pada sesi ini dan diumumkan pada sesi ini akan diguna untuk membayar semula bon ataupun adakah ia akan diguna untuk membeli saham-saham dalam syarikat-syarikat tertentu.
Sekian, terima kasih.

No comments: