Tuesday, November 25, 2008

Mukhriz di Parlimen... Alahai Alahai

Blog Update[20:50, 25 Nov 2008]: Follow-through by Padedoh


Malik Imtiaz di dalam blog artikelnya berjudul: All the King’s Men…, menulis:

“I think Datuk Mukhriz Mahathir has much to offer this nation, in parliament and outside it.”

Well, sungguh tinggi dan hebat pandangan, dan sangkaan, Malik pada sumbangan dan potensi Mukriz di Parlimen. Untuk itu, mari kita lihat bagaimana hebatnya Mukhriz di Parlimen:

Babak Satu: Semasa Sessi Perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke Sembilan, 1 Julai 2008

Petikan Ucapan Mukhriz:

“… Inilah punca sebenar harga minyak mentah dunia melambung. Ini tiada kaitan dengan bekalan dan permintaan. Pada bulan Ogos tahun lepas, apabila harga minyak meningkat kekadar 75 dolar setong, Goldman Sachs satu firma yang terlibat dengan jual beli minyak ini menyatakan bahawa harga minyak akan mencecah 95 dolar pada akhir tahun 2007. Akhirnya minyak memang mencecah 95 dolar pada akhir tahun 2007 seperti yang diramalkan atau dikehendaki oleh penyangak spekulator minyak seperti Goldman Sachs ini...

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Sungai Siput bangun Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Silakan.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Kami mahu tanya Yang Berhormat Jerlun jika dia setuju dengan konsep peak oil? Terima kasih.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Saya ingat saya harus teruskan dengan apa yang hendak saya sebutkan ini kerana lot of thinking itu pada topik yang hendak saya bawa. Jadi tidak ada kena mengenai sedikit dengan peak oil seperti Yang Berhormat sebut tadi.

Akhirnya minyak memang mencecah 95 dolar pada akhir tahun 2007 seperti yang diramalkan dan dikehendaki oleh penyangak spekulator minyak seperti Goldman Sachs ini dan mencecah 100 dolar pada Januari 2008. Kini bila harga minyak sudah sampai 140 dolar setong dan kerajaan terpaksa membuat keputusan tidak popular untuk mengurangkan subsidi minyak…”

Komen:

[1] Mukhriz nampaknya hanya bersedia berdasarkan teks ucapan sedia ada.


[2] Bila ditanya soalan yang memerlukan pandangan dan pemikiran spontan, seperti pertanyaan dari YB Sungai Siput; beliau umpama melarikan diri dan semput tak bermaya.


[3] Beliau terus Cha Alif Buut, bila ditanya soalan teknikal. Alahai.. alahai…


[4] Beliau menjawab yang soalan dan isu Peak Oil tidak kena mengena dengan hujah perbahasannya sedangkan ia memang relevan kerana main points dan pengisian ucapan beliau merujuk kepada unsur spekulasi atau boleh dikategorikan sebagai fake demand and supply manakala peak oil pula lebih merujuk kepada real demand and supply. Sepatutnya beliau mengiakan dan mengutarakan point jawapan beliau menjurus kepada pandangan yang harga pasaran minyak hendaklah berdasarkan real demand and supply dan tidak kepada fake scenarios.


[5] Kalau beliau mahu lebih teknikal, beliau boleh memberi pandangan tentang kritikan dan persoalan mengenai peak oil theory

Babak Dua: Sessi Soal Jawab Parlimen, 29 Oktober 2008

Kebetulan, soalan-soalan lisan dari Mukhriz dan KJ keluar pada hari yang sama, 29 Oktober 2008. Soalan Mukhriz naik no 5 dan KJ bagi no. 9.

KJ, seperti biasa, datang dan menghidupkan soalan lisan beliau seperti di blog entry di bawah. Soalan lisan adalah satu penghormatan kerana MP yang terlibat mempunyai peluang berbahas dan bertanya terus secara direct, live dan interactive dengan pihak Kementerian. Maka, ia satu peluang yang tak patut disia-siakan. Di samping itu MP yang lain juga berpeluang untuk membuat soalan susulan berkaitan topic soalan yang diutarakan oleh MP yang berkenaan.

Dalam hal ini, kita lihat, berdasarkan rekod Hansard:

"[Soalan 4- Y.B. Tuan Zulkifli bin Noordin (Kulim Bandar Baharu) tidak hadir]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tidak boleh wakil kah ini soalan penting bagi polis.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak boleh Yang Berhormat.

[Soalan 5- Y.B. Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir (Jerlun) tidak hadir]"

Komen:


[1] Apa ni Mukhriz, soalan naik pun ponteng dari Parlimen?


[2] So macam mana dia ni dikatakan punyai kehebatan dan sumbangan yang besar di Parlimen.


[3] Bukan sahaja tiada susulan dan pengisian bagi soalan tadi, tapi pihak MP lain yang mempunyai isu berkaitan untuk diperjuangkan atau diketengahkan juga hampehh di tengah jalan.


7 comments:

Anonymous said...

Lagu ni ka dia nak pimpin Pemuda, kalau dok kena tanya pembangkang pun sudah gabra. Berani pun kena ada isi, bila ada isi barulah berani tu jadi sustainable dan ada resultnya.

Hang Tak Tegar said...

Alah teks tu pon Dr Mahathir yang buatkan. Tu yang bila tanya soalan lain mengelabah dia dibuatnya. Takpa next time bawa Papa sekali ye... I want my papa....

Kuman said...

Berani Berubah? Aku rasa baik bagi slogan tu Khir Toyo jer la sebab dia berani berubah. Mukhriz.. Mukhriz... Tak nampak berapa berani la kalu lagu ni.

Muaz love Papa said...

La, kenapa tak gi Perlimen.. Takut ke?

Juwita Hati said...

Aku rasa dia belum habis belajar lagi... kesian dia. Aku pun rasa bagi dia bawa bapak dia ke dalam Parlimen. Aku suka lihat TUN bila dia menjawab soalan. Tak pun ganti je lah Mukhriz ni dengan mahathir.

Pejuang Bangsa said...

muhkriz masih kurang lagi untuk menjadi MP yang baik.Patut la dia tolak siap2 jawatan menteri walaupun belum tentu dia menang lagi KP UMNO

Jonas said...

Memang patut pun Mukhriz tak bercita-cita jadi menteri... TAK LAYAK PUN!!!!!!!!!!!! HAHAHAHA