Friday, November 14, 2008

KHIR dan KHAIRY

Kedua-dua calon ini sudah pun mendapat lesen untuk bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada bulan Mac tahun hadapan. Nama kedua-dua calon ini berasal dari perkatan dari ismun atau kata nama Arab “Haira” yang bermakna baik dan Selamat, seperti mana jualah sebutan seperti Sobah-Al Khair yang bermaksud Selamat/Kebaikan Pagi, Masa’ Al Khair yang bererti Selamat/Kebaikan Petang dan juga jawapan Ana bil Khair yang membawa maksud Saya Baik atau Selamat.

Manakala Khairy pula ada penghujung “ya” di dalam ejaan  yang secara penuhnya membawa kepada keselamatan atau kebaikan saya.

Dari sini,  nama kedua-dua calon memberi makna yang baik. 

Tambahan lagi, mereka berpegang kepada unsur hormat antara calon, di mana di fahamkan wujudnya perasaan hormat dan persaingan sihat antara calon-calon dan tiada unsur dan elemen mahu mensabotaj seperti di lakukan oleh calon lain pada Mesyuarat Pemuda Rembau.

Dari segi “kemantapan”, memang di akui bahawa Khir mempunyai kelebihan setelah menerajui Negeri terkaya di Malaysia selama lebih lapan tahun atau dua penggal Pilihanraya.

Namun, dari aspek kebolehan, bakat, pendekatan, pengisian dan kepimpinan, Saudara Khairy tampak mempunyai competitive dan comparative advantage yang jitu.

Sehubungan dengan itu, kita pohon para Perwakilan dapat membuat pilihan yang bijak atas amanah yang diberi dan keperluan masa depan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Kita menghormati Khir Toyo atas jasa dan kekuatan beliau, namun gelanggang generasi muda adalah lebih sesuai dan bertepatan dengan calon muda itu sendiri iaitu Khairy Jamaluddin.

No comments: