Thursday, November 20, 2008

Kegawatan Kewangan dan Ekonomi Dunia: Persediaan Kita

Berdasarkan kenyataan Bank Negara Malaysia, negara kita, insya Allah, mempunyai kekuatan dan ketahanan mengharungi cabaran krisis kewangan dunia berdasarkan beberapa faktor:

Pertamanya; institusi kewangan negara telah diperkukuh dari segi saiz, modal, keuntungan, kualiti aset serta keuntungan. Sebagai contoh, NPL atau non performing loans, bagi bank-bank Malaysia adalah pada kadar 2.5 peratus sahaja, berbanding 1997/98 yang direkodkan setinggi 12.6 peratus. Di samping itu terdapat ruang dan kapasiti kecairan yang tinggi di dalam sistem kewangan negara yang mampu menampung kegiatan kewangan dan ekonomi domestic, di mana pada hujung bulan Ogos sahaja, net interbank placements dengan Bank Negara Malaysia oleh institusi kewangan berjumlah RM198.5 billion.

Kedua; Negara berada di asas yang kukuh dengan kekuatan fundamental ekonominya, engan pertumbuhan GDP yang positif, baki akaun dagang yang positif, di mana pada bulan Ogos 2008, hasil export terkumpul adalah sebanyak RM449.9 billion berbanding hasil impot terkumpul iaitu RM387.5 billion dan tahap guna tenaga penuh.

Ketiganya: Kita telah mengukuhkan tahap kawal selia dan tadbir urus institusi kewangan. Ini diperhebatkan lagi dengan sekim insuran deposit yang bukan sahaja akan menambah keyakinan pelabur dan penyimpan tetapi juga akan meningkatkan tahap disiplin perniagaan institusi kewangan.

Keempatnya: Kita telah mengambil langkah awal dan proaktif dalam pengukuhan sistem kewangan kita. Apa yang terjadi di Amerika Syarikat adalah akibat daripada lambatnya mereka respon kepada keperluan undang-undang regulatori yang mantap dan menyeluruh.

Di samping itu sektor perbankan dan insuran tempatan tidak mempunyai pendedahan risiko yang tinggi dengan instrument sub-prima serta institusi yang mempunyai masalah kecairan seperti Merrill Lynch, Lehman Brothers serta American Insurance Group kerana 90 peratus daripada jumlah asset mereka di dalam aset pegangan ringgit.

Ingin kita tekankan bahawa penekanan kita dalah bersifat quasi-market yang menggabungkan Keynesian Economics on role of the states dan Adam Smith Economics on the effectiveness of the market. Kita menggabungkan kedua-duanya itu, oleh sebab itulah kita melihat, hatta, Amerika Syarikat yang menjadi pemimpin sistem ekonomi bebas terpaksa akur kepada keperluan peranan Kerajaan dengan persetujuan suntikan modal dan pembelian ekuiti syarikat kewangan mereka oleh pihak Kerajaan.

NAMUN

Namun yang demikian, bak kata cerdik pandai: No Man Is An Island, dan sehubungan itu juga No Country Is On Its Own. Sebagai sebuah negara terbuka yang mana jumlah expot dan impotnya antarabangsanya pada 2007 mewakili 111 peratus daripada GDP, sudah pastinya kita tidak boleh berdiam diri atas kekuatan ekonomi pada masa kini. Kita seharusnya melihat kekuatan kita apabila ujian dan cabaran ekonomi ini di bawa ke pada senario hadapan.

Pada masa kini, Kerajaan telah mengambil langkah penuh bijaksana dengan mengambil langkah perlu mengekang cabaran Fasa Pertama krisis ini iaitu dengan mentadbir risiko impak terus atau direct impact risk pada sektor kewangan dengan jaminan deposit 100 peratus oleh oleh Kerajaan melalui Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga Disember 2010. Di samping itu, semua syarikat insuran dan takaful di beri laluan atau akses menggunakan fasiliti kecairan Bank Negara, sekiranya perlu.

Namun, kita seharusnya juga melihat kepada langkah perlu yang boleh diambil bagi menangani risiko Fasa Kedua yang lebih menyeluruh, akibat daripada penguncupan ekonomi dunia, terutama di Amerika Syarikat yang dilaporkan bakal mengalami kemelesetan ekonomi di mana GDPnya telah menguncup sebanyak 0.2 peratus pada suku ketiga 2008 dan dijangka mencatat pertumbuhan negative sebanyak 0.8 peratus pada suku keempat tahun ini. Akibat daripada ini, yang bakal mempunyai chain-effects atau impak rantaian kepada ekonomi lain yang juga rakan expot utama negara, kita seharusnya memikirkan langkah-langkah perlu bagi mengimbangi kedudukan ini. Persoalannya bukannya adakah atau “if” tetapi bila atau “when’ ianya akan berlaku.

Di samping itu, di anggarkan 40% daripada pendapatan bajet 2009 negara adalah daripada hasil minyak yang dijangka pada harga sekitar USD125, namun, pada Pada 15 Oktober sahaja ia telah berada pada paras USD 78.63 setong iaitu kejatuhan sebanyak 46.6 peratus daripada paras tertingginya iaitu USD147.27 pada 11 Julai 2008. Juga, dari segi pendapatan dari sektor komoditi, harga minyak sawit mentah pada masa kini telah berada dibawah aras RM 2,000 dan harga terendahnya adalah pada 10 Oktober yang lalu apabila ia telah jatuh kepada paras terendah bagi tahun ini iaitu RM 1,810.50. Harga purata minyak sawit pula sehingga 15 Oktober berada pada tahap RM1,884.50 berbanding pada bulan Januari dimana harga purata minyak sawit berada pada RM3,221.00. Ini bermakna harga minyak sawit mentah telah turun lebih daripada 70.9 peratus berbanding pada bulan Januari 2008.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa pertumbuhan ekonomi negara adalah begitu selari dengan pertumbuhan ekonomi dunia, sebagaimana di buktikan dalam krisis ekonomi sekitar 1970-an dan 1980-an, di mana kejatuhan dan penguncupan prestasi ekonomi negara-negara industrialis dan membangun membawa impak yang sama ke pada kesihatan ekonomi kita, apatah lagi sekarang di mana jumlah dagangan kita iaitu jumlah expot dan impot sahaja sudah mencecah 172 peratus GDP pada tahun 2007. Malahan 60 peratus daripada sektor pembuatan negara, yang menyumbang hampir 30 peratus GDP adalah dari industri berasaskan expot. Jadi, secara logiknya, apabila ekonomi dunia menguncup, pastinya permintaan domestik negara-negara terbabit bagi barangan keluaran tempatan mereka dan impot berkurangan, dan secara logik juga, impak akan di rasai oleh ekonomi kita.

Sehubungan dengan itu, apabila negara-negara maju seperti USA dan Eropah mengalami kelembapan ekonomi, siapakah kita untuk tidak merasainya? Hatta negara sebesar Cina juga dilapor akan mengalami penguncupan, akibat prospek pengurangan expot ke USA dan Eropah.
ANALISA DAN CADANGAN
Kerajaan telah membuat beberapa pengunguman dan tindakan susulan bagi menangani situasi krisis kewangan dunia. Untuk itu, saya 100 peratus menyokong, di samping itu saya juga ingin membuat beberapa cadangan:

Kalau kita lihat dan buat analisa struktur ekonomi kita, pastinya terdapat beberapa tren, polar atau kesimpulan yang boleh kita buat dan bertitik tolak dari sini, mungkin terdapat beberapa potensi untuk Kerajaan lakukan bagi menjana pertumbuhan, membentengi atau mempertahankan pertumbuhan dan juga melambatkan impak pengenduran pertumbuhan ekonomi.

Berdasarkan Laporan Ekonomi 2008/2009, terdapat lima sektor utama di dalam GDP kita iaitu: pertanian, perlombongan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. Dari segi sumbangan kepada pertumbuhan GDP pula, dan jika kita jadikan ini sebagai asas pertimbangan multiplier effect, dua sektor utama adalah pembuatan dengan kadar sumbangan 29.8 peratus dan perkhidmatan dengan kadar sumbangan 54.3 peratus. Dan jika kita lihat pula jangkaan pertumbuhan atau perubahan bagi kedua-dua sektor ini, pertumbuhannya agak tinggi juga pada kadar 7.1 peratus bagi perkhidmatan (yang tertinggi) dan 4.7 peratus bagi pembuatan (ke dua tertinggi)

Selanjutnya, jika kita menyambung analisa ini pada subsektor perkhidmatan dan pembuatan, kita akan mengenal pasti beberapa sub sektor yang punyai kontribusi atau sumbangan besar pada GDP dan prospek pertumbuhan tinggi. Ini bakal membantu kita menyalurkan usaha-usaha perlu bagi menganjak dan melonjakkan lagi prestasi mereka agar impak positif dapat terus di jana, secara target-oriented.

Di dalam subsektor perkhidmatan, terdapat lima kategori yang menyumbang lebih lima peratus kepada GPD, iaitu kewangan dan insuran sebanyak 10.9 peratus, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan (5.2 peratus), perdagangan borong dan runcit (12.6 peratus), perkhidmatan lain (5.7 peratus) dan perkhidmatan kerajaan pada 6.8 peratus. Jika kita panjangkan analisa ini pada perubahan atau pertumbuhan mereka dan menumpu kepada pertumbuhan melebihi lima peratus sahaja, kita akan dapat menapis lima kategori tadi kepada hanya tiga iaitu kewangan dan insuran pada pertumbuhan 8.4 peratus, perdagangan borong dan runcit pada 9.4 peratus serta perkidmatan lain pada 5.4 peratus.

Maknanya, di dalam sektor perkhidmatan yang menyumbang 54.3 peratus kepada GDP, negara, sub sektor yang perlu kita utama dan janakan sekarang, berdasarkan prestasi dan multiplier effect mereka adalah subsektor kewangan dan insuran, perdagangan borong dan runcit serta sub sektor perkhidmatan lain.

Untuk itu saya mencadangkan agar Kerajaan meneliti segala perancangan yang dibuat untuk sub sektor ini, bukan secara macrospectives tapi microperspectives untuk menilai inisiatif-inisiatif sedia ada yang boleh dipertingkatkan, serta apa-apa inisiatif-inisiatif perlu yang boleh dilakukan sekarang bagi melonjakkan lagi subsektor yang menjadi benteng sokongan kuat sektor perkhidmatan pada ekonomi negara.

Sebagai contoh, di dalam sub sektor kewangan dan insuran, persekitaran kadar faedah yang stabil dijangka dapat mengekalkan permintaan pinjaman daripada segmen isirumah dan perniagaan di samping perkembangan di dalam pasaran modal Islam dan operasi pasaran modal. Untuk itu, di harap penggubal polisi Kerajaan akan dapat menyenaraikan inisiatif perlu bagi mengekalkan momentum ini dan juga meningkatkan lagi stabiliti dan prestasi key success factors atau kunci faktor kejayaan mereka.

Sepertimana jugalah bagi subsektor pedagangan borong dan runcit yang menjadi benteng kedua sektor perkhidmatan. Kita melihat bahawa pertumbuhan dalam aktiviti runcit disokong oleh perluasan perniagaan sedia ada dan pembukaan outlet baru oleh kedua-dua pengendali rangkaian pasar raya besar tempatan dan antarabangsa. Kini terdapat sebanyak 86 pasaraya besar dan superstore milik asing beroperasi di negara ini. Sehubungan dengan itu, kita berharap pihak Kerajaan yang meliputi Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pertanian dan Asas Tani (terutama melalui agensi FAMA) serta Kementerian Keusahawanan dan Koperasi dapat mengembeleng idea dan usaha sama bagi menambahkan industri pemborongan dan peruncitan di negara kita ini, di samping dapat menambah biak golongan usahawan, agar negara kita boleh menjadi Retail Hub of South East Asia.

Daripada template analisa tadi juga, kita boleh kembangkan kepada sektor kedua terkuat bagi GDP iaitu bagi sektor pembuatan.

No comments: