Thursday, November 20, 2008

Goyahnya Tohmahan Pembangkang

Berdasarkan laporan media mengenai perbahasan Bajet 2009 di Parlimen, saya mendapati Pembangkang cuba mengelirukan Dewan dengan mengatakan bahawa Kerajaan umpama bodoh sombong dan buta huruf kerana tidak mengakui bahawa kedudukan eknomi kita sudah goyang. Lalu mereka bandingkan kita dengan Singapura. Kata mereka, kalau Singapura, yang ekonominya lebih kaya pun sudah recession – tak kan kita pula tidak? Apa ke he'y nya ini?

Ya, kita akui Singapura memang mengalami kemelesetan ekonomi kerana berdasarkan generally applied definition, recession is technically defined as negative growth of the GDP for two or more consecutive quarters. Singapura dilaporkan mencatat peningkatan negatif GDPnya pada suku ke 3 sebanyak 6.peratus selepas kejatuhan 5.7 peratus pada suku ke dua tahun ini. Berbanding pula Malaysia yang mencatat peningkatan positif GDP pada suku pertama sebanyak 7.8 peratus dan juga peningkatan 6.3 peratus pada suku ke dua 2008. Dari perbandingan ini, tampak jelas bahawa ekonomi kita masih kukuh dan berbeza dengan Singapura. Ini adalah statement of fact, atau pun kenyataan fakta dan oleh itu Kerajaan kita tidak sama sekali bongkak atau tidak jujur menghurai kedudukan ekonomi semasa negara.

Pembangkang juga yang beranggapan kedudukan ekonomi adalah parah selepas memetik laporan United Nations Conference and Trade Development atau UNCTAD 2007 yang mencatat pengaliran keluar dana FDI melebihi pengaliran masuk sebanyak RM8.96 bilion. Permatang Pauh juga mengatakan bahawa pengaliran keluar meliputi pelabur tempatan dan peniaga tempatan yang hilang keyakinan kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional pada hari ini.

Persoalannya apakah benar kenyataan dan paparan yang mengatakan ekonomi kita adalah parah? Atau ini adalah kenyataan yang bertunjangkan asas-asas yang condong dan berat sebelah?


Berdasarkan laporan UNCTAD tadi, margin lebihan FDI keluar berbanding jumlah FDI masuk adalah sebanyak 31 peratus, dan ini sebenarnya selari dan ciri-ciri dan pencapaian tren dunia dan negara-negara membangun. Jangan Pembangkang pula menutup matlumat dan statistik ini, di mana bagi purata FDI dunia, net outflow bagi FDI nya adalah 9 peratus, bagi negara-negara membangun pula 36 peratus, bagi Kesatuan Eropah sebanyak 43 peratus, bagi Amerika Syarikat, 35 peratus,bagi United Kingdom 19 peratus dan Finland sebanyak 80 peratus. Bahkan kalau di negara-negara ASEAN, negara Filipina juga mencatatkan net outflow dengan kadar 18 peratus. Malahan, tren ini boleh dilihat dengan membandingkan perkongsian Asia Selatan, Timur dan Tenggara dalam Outward FDI (OFDI), terutama negara-negara membangun, yang meningkat dari anya satu peratus dari OFI dunia pada tahun 1980 yang hanya berjumlah satu peratus jumlah OFDI dunia, dan tahun 2007 melonjak kepada 7.5 peratus dalam tahun 2007.


Kesimpulannya, ia selari dengan polar dunia!

Di samping itu, mengikut AT Kearney FDI Confidence Index 2007, Malaysia telah mencapai kedudukan ke 16 daripada 60 negara selepas tidak tersenarai antara 25 negara teratas dalam kajian sebelumnya, di mana sektor elektrik dan elektronik menjadi tumpuan utama FDI disebabkan oleh upah tenaga kerja yang berdaya saing dan 40% lebih rendah berbanding Singapura dan Hong Kong. Juga, berdasarkan UNCTAD World Investment Prospects Survey 2007 - 2009, Malaysia merupakan lokasi FDI ke 14 paling menarik dari segi pertumbuhan pasaran, kecekapan kos dan tenaga buruh berkualiti. Di samping itu, berdasarkan laporan UNCTAD World Investment Report 2007, yang menjadi sandaran dan rujukan pembangkang, Malaysia di kategorikan di dalam kumpulan High Potential with High Performance.

Ini sebenarnya juga menunjukkan keintregrasian ekonomi negara dengan ekonomi dunia, dengan peningkatan pelaburan syarikat domestik bagi mencari peluang perniagaan, pasaran, kepelbagaian sumber dan pengurangan kos di lokasi luar negara.

Untuk itu, saya ingin merujuk dan memetik secara langsung laporan UNCTAD dari perenggan satu muka 49, yang berbunyi, : “For the first time in 2007, outflows from Malaysia and the Philippines exceeded inflows of FDI. Firms from the region are investing overseas to acquire or build brand names, access markets, technologies, and natural resources and strengthen value chains”, bukannya kerana mereka tidak setuju dengan dasar Kerajaan Barisan Nasional seperti ditohmah Pembangkang.

Malahan Boston Consulting Group (BCG), sebuah firma perunding pengurusan antarabangsa dalam laporannya bertajuk: New Global Challengers from rapidly developing economies (RDE), menyatakan bahawa dunia sekarang sedang menyaksikan satu revolusi di dalam tren dunia antarabangsa dengan kemunculan syarikat-syarikat global dari negara-negara membangun.
Menurut BCG, syarikat-syarikat ini meneroka pasaran keluar dari geografi domestik berdasarkan beberapa model strateginya yang, antara lain, meliputi penjenamaan global bagi jenama mereka, membawa teknologi kejuruteraan kepada innovasi dunia, bagi memenangi kategori global produk mereka dan memecah nilai atau “unlocking the value” sumber yang mereka ada.

Suka juga saya merakamkan kejayaan dua syarikat kita iaitu Petronas and MISC yang disenaraikan oleh BCG sebagai antara 100 ratus syarikat global baru terbaik dari negara-negara membangun.

Dan, Ketua Pembangkang pula tampak begitu angkuh merujuk kepada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan, namun tidakkah beliau sedar dan ingat bahawa ketika negara mengalami krisis kewangan pada tahun 1997/98, di mana pada fasa awal krisis tersebut, negara, telah mengguna pakai set polisi merangkumi stabilisation measures and financial reforms, yang hampir sama dengan pakej IMF, sungguh pun kita tidak di bawah program penyelematan IMF. Set polisi ini yang membawa kepada pengetatan fiskal dan monetari negara di anggap amat tidak sesuai dan lebih menjurus kepada impak negatif, antaranya adalah:

(1) Penggredan bank komersial kepada Two-tier Regulatory System dengan bank-bank dikategorikan Tier atau gred 1 di beri lebih fleksibiliti dalam operasi mereka. Pengkelasan sebegini yang berpandukan kepada, antara lain, nilai modal bank telah membawa lonjakan kenaikan hutang ketika itu kerana bank-bank terpaksa berhutang bagi melayakkan mereka untuk dikategorikan sebagi Tier 1 bank, dan semestinya bank-bank ini perlu meminjamkan pula dana yang dipinjam. Ini telah membawa kenaikan mendadak pinjaman terutama bagi sektor hartanah dan saham. Diangggarkan hutang domestik kepada sektor swasta adalah sebesar 148 peratus GDP pada waktu itu.

(2) Bank Negara Malaysia ketika itu telah menaikkan kadar faedah bagi 3-month intervention rate dari 8.7 peratus pada akhir 1997 kepada 11.0 peratus pada awal Februari 1998, yang walaupun pada awalnya bertujuan untuk mengekang inflasi, telah menaikkan kos komitmen hutang kepada entiti-entiti perniagaan.

(3) Semakan dan pengklassifikasian Non Performing Loans atau NPL dari enam bulan kepada tiga bulan, yang walaupun awalnya bertujuan untuk meningkatkan pemantauan, adalah tidak bertepatan dengan masanya kerana ia mengakibatkan kerugian bear kepada institusi kewangan di samping menyekat keupayaan mereka memberi hutang, apabila ia amat diperlukan oleh syarikat perniagaan.

(4) Bagi meningkatkan kecairan di dalam sistem kewangan, Bank Negara memutuskan untuk meminjamkan dananya kepada institusi kewangan pada kadar pasaran, yang mana mengakibatkan kerugian kepada mereka kerana Bank Negara boleh untuk mengurangkan statutory reserve ratio yang pada waktu itu pada kadar 13. peratus. Ini boleh meningkatkan kecairan tanpa kesusahan dan kos kepada pihak bank.

Kerajaan akhirnya melupuskan polisi-polisi yang disebutkan tadi bermula dari Mac 1998.

Di samping itu, berdasarkan kertas kerja IMF pada tahun 2006 bertajuk “What’s Driving Private Investment in Malaysia? Aggregate Trends and Firm-Level Evidence”, mendapati bahawa salah satu sebab kurangnya pelaburan swasta di Malaysia selepas krisis kewangan 1997/98 adalah kerana pelaburan yang berlebihan, terutama di dalam sektor hartanah, dalam empat tahun sebelum krisis 1997/98. Pada waktu itu YB Permatang Pauh adalah penjawat Menteri Kewangan.

No comments: