Thursday, November 6, 2008

Analisa Keputusan Pencalonan KP UMNO @ 31 Oktober 2008

Rajah 1
Rajah 2

Rajah 3


Rajah 4


Setakat 31 Oktober 2008, sebanyak 161 pencalonan telah dizahirkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-bahagian yang telah bersidang, yang juga mewakili 84.3 peratus daripada jumlah keseluruhan bahagian-bahagian UMNO.

Daripada 161 bahagian ini, 160 dikongsi oleh tiga calon utama yang telah pun mendapat lesen, yakni melepasi garis kelayakan sebanyak 39 pencalonan, manakala satu pencalonan di menangi oleh Dato’ Zahidi Zainul Abidin dari Bahagian Rantau Panjang yang dipimpini beliau.

Secara seimbas lalu, daripada 160 pencalonan yang diberi, Dato’ Mukhriz mendahului dengan 66 pencalonan atau 41 peratus dari jumlah pencalon, diikuti oleh Dato’ Khir dengan 47 pencalonan atau 30 peratus dan disusuli oleh KJ dengan 46 pencalonan atau 29 peratus bahagian, sebagaimana Rajah 1.

Nampaknya begitulah keadaannya, tetapi apakah itu gambaran sebenarnya? Untuk itu, sila lihat Rajah 2 hingga 4.

Mari kita lihat analisa pertumbuhan pencalonan yang diterima mereka:

Pertumbuhan pencalonan yang diterima oleh KJ bagi CAGR Mingguan sangat konsisten atas tema setiakawannya dengan pertumbuhan sekitar 30 hingga 32 peratus dari Minggu 1 hinggalah Minggu 3 pencalona. Begitu juga bagi polar peratus pencalonan bahagian yang konsisten sekitar 27 ke 29 peratus.

Namun, jika kita lihat pula pertumbuhan pencalonan yang diterima oleh Mukhriz, ia CAGR Mingguannya melonjak tinggi pada 43 peratus pada Minggu 1 namun menjunam turun hingga mencakuk pada 10 peratus di Minggu 3. Senario menjunam ini turut kelihatan pada pencalonan bahagian yang merudum dari 56 peratus pada Minggu 1 ke 41 peratus dalam Minggu 3.

Manakala Khir pula mencatat senario berlawanan dari Mukhriz. CAGR Mingguannya bermula rendah pada 25 peratus pada Minggu 1 sebelum melonjak tinggi ke 60 peratus di Minggu 3. Jika di lihat pula saham Khir dalam pencalonan pula, ia meningkat dari 17 peratus pada Minggu 1 ke 30 peratus pada Minggu 3.

Terdapat beberapa persoalan dan kesimpulan yang boleh di buat di sini:

Pertama: Bahawa fenomena kenaikan dan sokongan yang Mukhriz terima itu bukannya menggambarkan inspirasi dan hasrat akar umbi yang sebenar kerana jika itulah hasrat dan kehendak akar umbi, maka polar sokongan beliau pastinya tidak akan merudum jatuh selepas minggu pertama. Ini lebih merujuk kepada angin kuntau yang bersifat episodikal yang tidak kuat asas momentumnya.

Kedua: Khir telah melonjak naik pada minggu ke dua hingga ke tiga dan melihat kepada kenaikan itu, ia juga satu fenomena luar biasa yang mungkin terhasil dari cetusan atau catalyst tertentu Adakah Khir menunjukkan kasih sayang yang lebih di sini? Ini adalah antara persoalannya. Namun yang pasti, kenaikan Khir telah mengambil dan mencuri pertumbuhan Mukhriz atau dalam erti kata lain, bagi setiap 1 peratus kenaikan Khir, ia merujuk kepada 1 peratus kejatuhan Mukhriz.

Ketiga: Pastinya KJ telah mengalami repositioning dari the favourite candidate kepada underdog status, ini mungkin di cetus daripada, antara lain, daripada keputusan Pak Lah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden parti UMNO. Sungguhpun demikian, sokongan KJ adalah jitu, kental, padu dan sebenar kerana ia begitu konsisten lebih-lebih lagi dalam ketika menghadapi perubahan polar sokongan Mukhriz dan Khir, makna kata ketika sokongan Mukhriz menurun dan Khir menaik, sokongan KJ tetap kental.

Ke empat: Bacaan yang paling penting dalam proses pencalonan ini adalah bacaan konsistensi, ini kerana pihak perwakilan bahagian yang bersidang banyak membuat keputusan atas sentimen dan persepsi. Malah, ramai penyokong dan tukang kempen calon-calon saingan KJ telah menabur fitnah yang Najib tidak mengiakan KJ sebagai calon KP. Ini semua banyak menggangu objektiviti dan perkiraan perwakilan dalam memberikan pencalonan mereka.

Jangan kita lupa sejarah 1987, ketika Mahathir menerima pencalonan durian runtuh bagi jawatan Presiden UMNO berbanding Tengku Razaleigh yang cuma mendapat sokongan cukup makan untuk bertanding, tetapi apabila pengundian akhir di buat oleh perwakilan pada Perhimpunan Agong UMNO, Mahathir hanya menang tipis 47 undi.

Jika di USA, mereka mempunyai terma dan fenomena, yang mungkin boleh diertikan seperti sama, iaitu Bradley Effect. Kita di Malaysia mempunyai 1987 Effect, yakni konversion undian akhir di Perhimpunan Agong yang tidak semestinya menggambarkan pencalonan yang di terima.

Oleh itu, konsistensi adalah kunci di sini, terutama dalam menempuh badai dan cabaran pencalonan. Nampak gayanya, hanya KJ yang mempunyai sokongan yang ada stamina serta kekuatan konsisten.

No comments: