Friday, October 10, 2008

Che Det hentam Khairy: satu akuan bahawa Khairy memang lebih layak dari anaknya sendiri

Tun Dr Mahathir di dalam blog beliau, chedet.com, telah menyindir dengan sinis kenyataan Saudara Khairy mengenai kekangan yang beliau hadapi untuk bertemu pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO. Beliau berpendapat, sebagai seorang bijak pandai, hasil didikan Oxford University, Khairy akan muncul johan dalam persaingan Ketua Pemuda UMNO dengan penuh licik hasil “kepandaian dan kecerdikan” tadi.

Bersemangat sungguh Tun memukul dan memalu, hatta anak muda seperti Khairy pun sanggup diterjah sebegitu rupa selepas asakan dan amukan zalim beliau ke atas Pak Lah.

Kalau iapun nak menjaja dan berkempen untuk Mukhriz, kenapa sampai ke tahap penuh rendah begitu? Dan kalau benar Tun berpegang kepada prinsip dan fahaman keterbukaan dalam demokrasi, mengapa tidak di benarkan sahaja anak beliau bertanding atas kekuatan peribadi dan tidak bertenggek kepada usaha dan nama beliau?

Apakah Tun sendiri mengakui bahawa Khairy memang berkelayakan dan jauh lebih mampu dari anaknya sendiri hingga terpaksa membuat kenyataan sinis sedemikian?

Nampaknya, begitulah...

5 comments:

tokmisai said...

kesian saya melihat idola saudara.kalau tewas pencalonan jauh sangat beza dgn si muhkriz tu.kekadang 6 undi,4 undi,belas2 undi je dpt.kenape eh,smpai begitu sekali undi yg dpt.mukhriz klu tewas pun taklah smpai dpt 4,6 undi mcm undi kesian je.apapun,lawak ada,sedih pun ada.

tokmisai said...

agak2 ko berape dh hint blog pro kj ni?

impian said...

ini lah nama mengata dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih, orang selalu buat persepsi kj dpt bayangan dari bapa mertua sedangkan mukhriz lebih teruk, bapa sendiri siap kempen untuk anak dia, atleast kj biarpun masih ada bayangan dr bapa mertua tp pak lah tak kempen untuk dia,pak lah biarkan kj kempen sendirian.Slogan mukhriz sebenarnya politik kosong mcm pembangkang, cuba kita lihat bagaimana slogan kj yang inginkan setia kawan. Ini baru betul slogan sebab dgn setia kawan lah baru boleh berubah dan merapatkan barisan antara kawan dan dgn tak langsung dpt mengenal belia2 yang mereka perlukan.

tokmisai said...

berani berubah vs setiakawan.setiakawan tu cuma slogan dlm pemuda umno.masalahnya dari segi jumlah pencalonan wakil cawangan nampak sgt perbezaan semangat setiakawan yang ntahpape berbanding dgn berani berubah-yg merujuk kpd perubahan sikap dlm berpolitik dan mendekati golongan muda bukan shj penyokong umno akar umbi malah penyokong muda atas pagar.ya,tun kempen utk mukhriz,tp paklah kempen utk kj ko tak nampak.apapun,bg penyokong kj aku kesianla kat hang.

impian said...

aku bukan penyokong kj dan bukan juga penyokong umno....tapi aku melihat dgn kepala rasional yang mempunyai akal fikiran yang waras. Kita kena tgk byk benda...kalau ckp berani berubah...berarti mukhriz melihat kepimpinan hishammudin tak berkesan selama dia memimpin pemuda...kalau hisham tak tak berkesan takkan dia berani nak bertanding naib presiden. Mari kita tgk ape sumbangan mukhriz berbanding KJ, semasa pilihanraya kecil ade mukhriz bantu jentera pilihanraya, tapi ape yang kj buat biarpun orang tohmah mcm2 pd dia...dia masih kedepan dgn berani...tapi mukhriz? Sepatutnya org yang berani menentang musuh biarpun tahu ape risiko yang bakal dihadapi itu lah yang sebaiknya jadi pemimpin bukan hanya tau kondem pemimpin tertinggi tapi tak membantu supaya mencari jalan untuk menawan ape yang dah hilang. Ini lah sikap melayu sekarang, hanya tau nampak kesalahan orang tapi tak nak tgk kesalahan sendiri.