Friday, October 10, 2008

Khairy promises to close ranks if elected to head Youth wing

Source: NST Online, 10 October 2008

Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin, who has offered himself for the wing’s top post, has promised to close ranks among the youth wings of all the Barisan Nasional (BN) component parties if he wins in the party polls next March.

“Whoever takes over a Umno Youth chief also take over as BN Youth chief. The first thing for the future Umno Youth chief to do is to see how we can close ranks within the BN and make sure that we cooperate as a structure that can move together,” he told reporters after the opening of the Gerakan Youth and Wanita delegates conference here today.

Asked on the proposal by Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon in his opening address that all BN component parties merge and become a single entity, Khairy said the intention behind the suggestion was to strengthen the BN.

He said Umno was open to discuss any ideas for the sake of the party and the idea should not be dismissed.“The main thing is we must be open-minded because we are talking about the future, new political landscape and I think if we don’t have an open mind then we are not showing the rakyat, voters, that we are serious in embracing the changes that had happened over the last six months,” he said.

Khairy said all the BN component parties could discuss the suggestion and the mechanism during the BN Convention to be held in February next year. Khairy said Gerakan and the People’s Progresive Party (PPP) could become models for a multiracial party identity.

Meanwhile, PPP Youth chief senator T.Murugiah, who is Deputy Minister in the Prime Minister’s Department, said a single multiracial party could happen but it would take a long time.

Che Det hentam Khairy: satu akuan bahawa Khairy memang lebih layak dari anaknya sendiri

Tun Dr Mahathir di dalam blog beliau, chedet.com, telah menyindir dengan sinis kenyataan Saudara Khairy mengenai kekangan yang beliau hadapi untuk bertemu pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO. Beliau berpendapat, sebagai seorang bijak pandai, hasil didikan Oxford University, Khairy akan muncul johan dalam persaingan Ketua Pemuda UMNO dengan penuh licik hasil “kepandaian dan kecerdikan” tadi.

Bersemangat sungguh Tun memukul dan memalu, hatta anak muda seperti Khairy pun sanggup diterjah sebegitu rupa selepas asakan dan amukan zalim beliau ke atas Pak Lah.

Kalau iapun nak menjaja dan berkempen untuk Mukhriz, kenapa sampai ke tahap penuh rendah begitu? Dan kalau benar Tun berpegang kepada prinsip dan fahaman keterbukaan dalam demokrasi, mengapa tidak di benarkan sahaja anak beliau bertanding atas kekuatan peribadi dan tidak bertenggek kepada usaha dan nama beliau?

Apakah Tun sendiri mengakui bahawa Khairy memang berkelayakan dan jauh lebih mampu dari anaknya sendiri hingga terpaksa membuat kenyataan sinis sedemikian?

Nampaknya, begitulah...

KJ menang pencalonan sulung mesyuarat bahagian UMNO

Semasa majlis rumah terbuka Aidil Fitri beliau di Rembau pada Ahad, 5 Oktober 2008, tadi, Saudara Khairy Jamaluddin telah menjelaskan bahawa beliau bertanding atas tiket dan sandaran kekuatan sendiri dan tidak bergantung kepada faktor atau elemen lain, dan berharap para perwakilan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian akan mencalonkan dirinya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpandukan pada penilaian yang sama.

Atas sebab itu, maka tidak terkejut dan hairanlah, para pemerhati politik semasa dengan kejayaan pencalonan sulung beliau di Machang, Kelantan yang membuka tirai mesyuarat perwakilan Bahagian-Bahagian UMNO seluruh negara, dan yang paling penting sekali kubu kuat pencabar beliau, Dato Seri Mukhriz Mahathir, atas kesedaran dan kematangan penilaian tinggi perwakilan Pemuda di Machang memilih pemimpin nasional mereka yang penuh berwibawa dan mampu merencana agenda perjuangan Pergerakan Pemuda di alaf yang serba mencabar ini.

Nampaknya orang-orang kanan dan harapan pesaing Saudara Khairy pun sudah berubah arah kerana tiadanya perjuangan bermakna yang di bawa oleh pesaing-pesaing beliau.

Wawancara dengan Utusan Malaysia: Utamakan pengisian bukan retorik

UTUSAN: Apakah yang mendorong YB untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda?

KHAIRY: Setelah menjelajah seluruh pelosok tanah air, mendengar pendapat dan pandangan akar umbi serta melihat kepada survival politik UMNO dan bangsa Melayu yang pada ketika ini semakin mencabar, saya merasakan adalah sangat penting untuk Pemuda UMNO mengukuhkan lagi gerak kerjanya. Ini dilakukan dengan cara menjangkau setapak lagi, mengikut jejak yang telah dipelopori oleh pimpinan terdahulu dan membawa pembaharuan tertentu untuk memenuhi cita rasa generasi muda sekarang. Saya berasa terpanggil untuk menyumbang keringat untuk bersama-sama menghadapi cabaran ini.

UTUSAN: Sejauh manakah YB yakin akan mendapat sokongan daripada Pemuda di seluruh negara kerana ada yang berpandangan YB bukannya bermula dari bawah, sebaliknya terus menjawat jawatan dalam Pemuda melalui apa yang disifatkan sebagai 'payung terjun'?

KHAIRY: Saya mengakui bahawa terdapat tanggapan yang sebegini, tetapi sebenarnya saya sudah aktif dalam politik sejak 1999 lagi. Bermula di peringkat cawangan dan bahagian, seterusnya saya diberi kepercayaan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Setiausaha Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia sebelum dilantik ke Exco kebangsaan. Pada pemilihan yang lepas saya dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda.Pada waktu itu pun ada tanggapan bahawa saya adalah calon payung terjun, tetapi selama empat tahun memegang jawatan tersebut saya telah cuba buktikan bahawa penilaian terhadap saya perlu dibuat berdasarkan kerja dan khidmat.

UTUSAN: YB dianggap liabiliti kepada UMNO, malah ada komponen Barisan Nasional (BN) menganggap YB menjadi punca prestasi merosot BN dalam pilihan raya umum lalu, tidakkah ini akan menjejaskan peluang YB?

KHAIRY: Politik sentiasa diwarnai oleh persepsi. Sebab itulah juga saudara bertanya kepada saya soalan tadi. Hakikatnya ialah saya perlu banyak bersabar, insaf bahawa sebagai insan yang lemah, saya sentiasa mengingatkan diri supaya tidak cepat melatah apabila dituduh dan diselar sebegitu rupa.

Walaupun saya pasrah, saya perlu terus belajar demi memenuhi agenda perjuangan parti UMNO ini.

Saya benar-benar percaya apa yang penting bukanlah menuding jari ketika UMNO sedang dalam proses pembaikpulihan dan pengukuhan parti.Secara spesifik mengenai prestasi pilihan raya BN, saya tidaklah merasakan peratusan besar pengundi bila hendak memangkah, bertindak memilih parti lain kerana wajah saya yang mereka bayangkan ketika itu.Selama menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO, saya telah mengetuai jentera pilihan raya BN di enam pilihan raya kecil, Alhamdulillah, kecuali Permatang Pauh, BN memenangi kesemua pilihan raya kecil itu atas usaha seluruh jentera parti yang bertungkus lumus dalam berhadapan dengan pihak pembangkang.Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, negara berdepan dengan beberapa isu, termasuk kenaikan harga minyak yang berpunca oleh peningkatan harga di pasaran dunia.

Demonstrasi Bersih dan Hindraf pula dirancang pada waktu yang sama.Akibatnya, tiba-tiba timbul satu perspektif politik perkauman yang baru.

Kerap kalinya UMNO dipersalahkan. Institusi-institusi kerajaan dipersoalkan. UMNO dan BN berdepan dengan sentimen yang selama ini tidak begitu ketara. Janji-janji pembangkang yang tidak bertanggungjawab mempengaruhi rakyat ketika mereka berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat. Sebaik-baik saja selesai PRU bermulalah proses menuding jari.

UTUSAN: Apa signifikan YB memilih tema Setiakawan?

KHAIRY: Saya percaya pilihan tema ini penting dalam mencerminkan agenda perjuangan yang bakal dibawa oleh setiap pemimpin tersebut. Bagi saya, pada saat dan ketika UMNO menghadapi dugaan dan cabaran politik yang begitu hebat, kita perlu membawa tema yang bersifat inklusif dan tidak menyisihkan lebih ramai rakyat Malaysia daripada perjuangan kita.

Justeru, saya berpendapat 'Setiakawan' merupakan suatu prinsip persahabatan yang inklusif; bermatlamat untuk menjangkau luar daripada batasan tradisi Pemuda UMNO dengan objektif untuk merapatkan jurang antara pemuda dengan rakyat.Di saat yang genting ini kita tidak boleh berfikiran cetek dan berjangka masa pendek.

Perubahan tanpa pengisian hanya merupakan retorik kosong semata-mata. Rakyat sudah tidak terbeli dengan retorik kosong. Pemuda di alaf baru ini perlu berfikir dan melihat cabaran dengan kanta jangka masa panjang.

UTUSAN: Boleh YB terangkan dengan lebih terperinci konsep 'Setiakawan' ini?

KHAIRY: Berdasarkan pemerhatian saya hampir sepuluh tahun dalam arena politik, satu perkara yang dapat saya pelajari ialah nilai persahabatan antara abang dan adik, antara adik dan abang, antara sesama kawan. Dan inilah tunjang kepada kekuatan kita di dalam parti.

Aspek setiakawan yang pertama melibatkan Pergerakan Pemuda UMNO sendiri. Dengan adanya setiakawan dalam Pemuda UMNO, agenda perjuangan yang dibawa oleh pucuk pimpinan akan mencerminkan kehendak dan aspirasi ahli akar umbi. Kita perlu memastikan tiada jurang antara cawangan dan pusat dalam memperjuangkan parti. Dengan penghapusan jurang, kehendak ahli akan diperkasa dan tidak ada lagi pihak yang berasa terpinggir. Dalam Pemuda UMNO, semangat setiakawan ini juga berfungsi untuk menginsafkan kita akan makna sebenar persahabatan, berat sama kita pikul, ringan sama kita jinjing.

Perjuangan berdasarkan prinsip setiakawan ini bermakna perjuangan kita terlampau tinggi nilainya dan tidak boleh dijual beli. Ertinya, jika percaya kepada konsep setiakawan, bermakna kita akan menolak sepenuhnya masalah politik wang yang membelenggu kita. Aspek kedua setiakawan ini merujuk kepada keperluan memperbaiki hubungan Pemuda UMNO dan Pemuda BN. Mungkin ada sedikit kelonggaran dalam hubungan kita sekarang, oleh itu mungkin kita perlu menggubal perjanjian baru tentang bagaimana cara atasi krisis dalam BN.

Dalam senario politik hari ini semangat setiakawan tidak boleh terhad kepada kepentingan dalaman Pemuda semata-mata, ia perlu juga menzahirkan komitmen kepada perpaduan nasional melalui perkongsian kuasa BN.

Semangat setiakawan dalam BN bermakna kita boleh berterus terang tanpa menjejaskan hubungan yang sekian lama terbina. Di bawah panji BN yang kukuh dan bersatu, suara hasutan dan ancaman luar akan dapat ditangkis. Konsep BN ini masih lagi relevan kepada rakyat Malaysia, termasuk golongan muda. Justeru kita memerlukan saf Pemuda BN yang utuh untuk menerangkan konsep berkenaan secara mendalam.Kalau dikaji selepas pilihan raya umum lalu, semangat setiakawan antara BN agak longgar?

Parti politik yang mengalami kejutan seperti BN pada PRU 12 harus menangani kemelut dan perbalahan kerana rata-rata ahli bimbang tentang masa depan organisasi masing-masing. Bagi saya, fasa pertama pemulihan daripada kesan trauma ini ialah memastikan parti tidak berpecah belah. Selain SAPP yang mengisytihar keluar daripada BN, anggota komponen lain tetap bersama. Bagaimanapun, keakraban setiakawan sesama BN tentunya ada ruang untuk diperbaiki.

Siapa saja yang mengetuai Ketua Pemuda UMNO, beliau juga bakal menerajui Pemuda BN. Oleh itu, pertama sekali perlu ada keakraban semasa pemimpin-pemimpin Pemuda parti-parti komponen BN. Setiap pemimpin sudah pun merasakan perlunya dikurangkan retorik bersifat perkauman kerana ia pasti menyinggung perasaan rakan komponen.Bagaimanapun kita harus meneruskan perjuangan membela orang Melayu yang ketinggalan, memartabatkan penggunaan bahasa Melayu, memelihara Institusi Raja-Raja dan pada masa yang sama turut memikirkan nasib kaum lain yang terpinggir. Keinsafan sebegini sudah lama wujud, namun ia harus diperjelaskan lagi kepada akar umbi.

Apakah program-program Pemuda di akar umbi, hanya dihadiri dan melibatkan ahli UMNO saja? Apakah tidak boleh ia dikembangkan bagi melibatkan ahli-ahli komponen dan rakyat Malaysia amnya?Bagi saya inilah fasa kedua proses pemulihan dan pengukuhan Pemuda BN. Ramai yang membicarakan tentang betapa perlunya UMNO dan BN diselamatkan serta UMNO perlu berubah.

Bagi saya kita tidak harus terlalu drastik, kesan daripada perubahan gaya, nada bercakap pun sudah memadai.

UTUSAN: Apakah agenda yang akan YB bentangkan dalam usaha untuk menerajui Pemuda?

KHAIRY: Saya telah dan akan terus mendengar dan meneliti aspirasi akar umbi, keperluan dan hala tuju negara dan bangsa, serta mesej daripada keputusan PRU12 dan cabaran-cabaran zaman ini seperti globalisasi dan persaingan.

Hasil daripada pemerhatian setakat ini, saya ingin mencadangkan lima teras atau paksi strategi dalam agenda kepimpinan baru Pergerakan Pemuda UMNO yang saya fikiran perlu, relevan dan mempunyai impak besar.

Kelima-lima teras strategi tersebut merangkumi sosioekonomi, agama, bangsa dan tanah air, golongan muda, pendidikan, latihan dan bina upaya serta yang terakhirnya, politik.

Ingin saya tekankan bahawa peranan Pemuda akan kita adun daripada Satu P kepada Empat P iaitu dari hanya Pendesak kepada Pembela, Pemikir, Pencadang dan Pemudah cara atau agen pelaksana bagi agenda dan polisi Parti.

Dalam konteks ini, Pemuda sememangnya akan mempunyai pendirian tersendiri bagi setiap isu dan polisi parti tetapi peranan kita lebih kepada pertambahan nilai dan bagi kepentingan jangka panjang.

Strategi

Berbalik kepada teras-teras strategi tadi, yang pertama adalah sosioekonomi di mana adalah menjadi strategi dan iltizam Pemuda bagi membantu meningkatkan penyertaan, pencapaian, daya saing serta peluang ekonomi bumiputera, khususnya dan seluruh rakyat Malaysia, amnya.

Kalau kita lihat pada pencapaian ekonomi bumiputera, pendapatan puratanya masih tercorot berbanding etnik utama yang lain dengan pendapatan sebanyak RM3,156 yang juga 14 peratus lebih rendah dari pendapatan purata penduduk Malaysia. Manakala pemilikan ekuiti bumiputera hanyalah 19.4 peratus berbanding bukan bumiputera pada 43.9 peratus. Pemilikan aset bukan kewangan milik bumiputera pula amatlah rendah pada 15 peratus berbanding etnik Cina pada 76.1 peratus atau nisbah 1:5.Untuk itu, Pemuda akan berusaha menjalankan program dan aktiviti bagi menjana budaya keusahawanan di kalangan generasi muda. Pada masa yang sama Pemuda akan bersama turun ke bawah ke akar umbi membantu usaha-usaha membasmi kemiskinan, baik kemiskinan luar bandar mahupun kemiskinan bandar.

Teras kedua berkisar agama, bangsa dan tanah air. Di sini Pemuda akan terus mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu berdasarkan pendekatan yang saya terangkan tadi. Kita juga akan terus meningkatkan interaksi bersama kaum lain bagi menjana penerimaan dan pemahaman nasional mengenai dasar membantu orang Melayu. Kita juga akan terus mempertahankan kedaulatan agama Islam di samping menyokong keterbukaan yang wajar.

Bagi teras ketiga pula, seperti mana yang saya nyatakan tadi, golongan belia merupakan aset penting bagi negara. Mereka adalah kelompok terbesar dalam populasi rakyat Malaysia di mana 10.7 juta atau 42 peratus daripada warga Malaysia berada dalam julat umur antara 15 hingga 40 tahun. Dari sini Pemuda akan mendampingi dan engage dengan mereka di samping menyelami dan menjawab isu-isu yang mereka utarakan. Pemuda juga akan membantu membela kebajikan dan nasib golongan muda terutama cabaran kerjaya dan pengangguran.

Teras keempat, visi kepimpinan Pemuda adalah berkisar pendidikan latihan dan bina upaya. Pemuda akan mengambil pendirian dan ketetapan menyokong hasrat dan dasar kerajaan menjana perpaduan nasional melalui sistem sekolah kebangsaan di samping usaha-usaha meningkatkan pencapaian orang Melayu dalam pendidikan.

Teras yang terakhir adalah berkenaan politik. Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan terus menjadi tunjang belakang bagi kempen pilihan raya BN dan akan berusaha menjawab segala tohmahan serta asakan pembangkang di samping menjadi benteng bagi dasar-dasar kerajaan.Untuk itu kita akan berusaha menggembleng jentera pilihan raya yang lebih tersusun di samping pendekatan yang lebih komprehensif. Pemuda juga akan menguatkan silaturrahim antara parti komponen BN.

Namun, harus kita ingat, dalam kita melaksanakan strategi yang saya huraikan tadi, kita perlu mengambil kira sensitiviti parti-parti komponen yang lain berteraskan prinsip setiakawan.

UTUSAN: Apakah visi YB untuk golongan muda tanah air, khususnya golongan muda Melayu?

KHAIRY: Sesiapa pun yang memegang jawatan Ketua Pemuda perlu mempunyai visi dan perspektif jangka panjang, lengkap dengan pengisian yang komprehensif untuk memperjuangkan kemajuan golongan ini.Dalam isu ekonomi contohnya, saya berpendapat bahawa agenda ekonomi golongan muda Melayu teramat penting kerana masih wujud keperluan untuk segenap bangsa Melayu - terutamanya golongan belia ini - maju dalam rangkaian nilai atau (value-chain) ekonomi.

Saya melihat perjuangan rangkaian nilai ini sebagai suatu yang termaktub dalam semangat Dasar Ekonomi Baru sendiri, cuma mungkin ia perlu diberi terjemahan dan nafas baru untuk diterapkan kembali ke dalam arus perdana politik Pemuda.Dalam isu pendidikan pula, Pemuda perlu menerajui suatu usaha untuk memastikan pencapaian pendidikan orang Melayu dapat terus dipertingkatkan supaya kemajuan Melayu terjamin dari generasi ke generasi.

Antara agenda yang perlu kita usahakan adalah peningkatan mutu pendidikan vokasional bagi para pelajar yang mungkin kurang berminat dalam pendidikan akademik supaya bakat mereka dapat diasah sebaik-baiknya.Saya ingin melihat suatu hari nanti golongan muda Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa maju yang lain di dunia.

UTUSAN: Apa perancangan YB untuk menarik perhatian pengundi muda?

KHAIRY: Satu hakikat yang perlu kita terima ialah waktu berlalu begitu pantas dan ini sudah pasti menuntut perubahan dalam apa jua yang telah kita rancangkan. Oleh itu, saya masih dan akan terus membuka ruang untuk menerima pandangan dan idea-idea untuk memastikan matlamat ini tercapai, bersesuaian dengan masa dan waktu yang akan datang.

Pemuda tidak boleh lagi menjadi pendesak atau pembakar semangat Melayu dengan laungan semata-mata. Jika itulah kaedah dan peranan yang wajar, nescaya tidak mungkin kita hilang sebegitu ramai penyokong kita.Pemuda perlu menganjurkan seminar, workshop dan bekerjasama dengan agensi dan institusi tertentu untuk membantu anak Melayu muda keluar daripada belenggu kemiskinan.

Pada saya, inilah kewiraan Melayu yang mampu dijiwai golongan muda masa kini, bukannya laungan retorik kosong semata-mata. Sekali lagi, pengisian adalah kunci utama kepada kejayaan Pemuda dan BN. Pengisian, bukan retorik.Selain itu Pemuda UMNO harus menganalisis kenapakah pengundi muda menjauhkan diri daripada parti itu sedang UMNO yang selama ini memperjuangkan agenda Melayu, lantang mempertahankan hak Melayu serta rela melakukan apa saja jika hak kita dicemari, dicabuli, atau dipertikaikan orang lain.

UTUSAN: Apakah reaksi keras sebegini tidak digemari lagi orang Melayu sendiri?

KHAIRY: Apakah orang Melayu mahu melihat perubahan stail dalam menghadapi persoalan-persoalan Melayu?Saya tidak ada kesemua jawapan ini. Saya perlu mendapatkan pandangan semua pihak terlebih dahulu sebelum membuat rumusan. Saya tidak melihat sebagai satu kelemahan jika UMNO mengambil sedikit masa untuk membuat rumusan baru yang berkesan.

Saya sering berdepan dengan golongan muda di luar UMNO yang merasakan barisan Pemuda UMNO tidak mendampingi mereka, mereka yang berada di luar tidak dapat relate pada ahli UMNO di peringkat Pemuda. Saya menolak andaian bahawa Pemuda UMNO kurang berjaya menarik minat golongan profesional menyertai parti. Ramai di kalangan Pemuda merupakan mereka yang sememangnya sudah berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Ramai juga di kalangan ahli yang kurang bernasib baik dari segi pencapaian. Mereka juga mahu menabur jasa, berbakti, menjalin 'Setiakawan'. Kalangan ini juga harus diberi tempat dalam UMNO. Apa yang paling ketara ialah mereka di luar UMNO membuat andaian ahli UMNO mengejar cita-cita peribadi, sekadar ingin jadi kroni. Tanggapan ini tersasar.

Saya ada ramai kawan yang mengorbankan kerja di sektor korporat bagi sama-sama bergiat, berkecimpung dalam politik.

UTUSAN: Apakah harapan YB ke atas pemilihan parti yang akan datang?

KHAIRY: Menang atau kalah adat dalam pertandingan. Saya juga mengingatkan diri saya apabila saya mula-mula memohon pencalonan Ketua Pemuda tempoh hari, saya juga terdedah untuk berhadapan dengan realiti kekalahan. Namun, apa yang penting di sini bukanlah individu sebaliknya, UMNO itu sendiri.Dan saya dengan rasa rendah diri, ingin mencadangkan dan juga menasihati warga parti untuk membuat pilihan yang tepat. Kita harus sedar tempoh pemilihan ini hanyalah berbentuk sementara untuk beberapa bulan terdekat ini, sebaliknya kepimpinan merupakan elemen penting untuk satu tempoh jangka masa panjang.

(Sumber - Utusan Malaysia)